Thursday, May 3, 2012

:: Setahun ::

Syukur Alhamdunillah..AF kini dah setahun..kelahiran yang tak disangka-sangka - awal sebulan dari due date. Kehadiran anak istimewa ini telah membawa rahmat kepada kami sekeluarga. Selepas dua bulan kelahiran anak ini, AF dimasukkan ke ICU akibat kegagalan paru-paru berfungsi dengan baik. Dengan kata lain AF disahkan ada jangkitan paru-paru (pneumonia). Tiga kali ke ICU dan menetap di hospital selama 38 hari, pulang bersama-sama tiub untuk susu dan juga CPAP untuk membantu paru-paru AF. Semuanya telah berlalu tahun lepas..semoga AF akan bertambah sihat di hari-hari yang akan datang. 

Sesungguhnya Mummy, Babah & AA sayang AF dunia akhirat. Semoga anak istimewa ini akan di bawah rahmat Allah SWT, dilindungi, diberkati, dikasihi, disayangi olehNya. Doa mummy, Babah semoga AF  akan bertambah sihat, ceria dan gembira disamping Mummy, Babah, AA dan juga semua ahli keluarga kami. Tak lupa juga buat Ummi dan Ibu yang sudi menyayangi anak ini..thanks a lot to both of you.Love you sayang!!!!

.l.o.g.o.f.f.






No comments: