Friday, February 5, 2010

:: Keletah Anakku ::

This is what I have promise to my Hubby a week ago. Nak tengok telatah AA yang baru belajar menapak. Sekarang ni bak kata orang tengah kemaruk nak berjalan. Bangun pagi2 siap cari kasut dia sebab nak berjalan2. Tak kiralah apa waktunya,pg, tengahari, petang or malam. Tahunya tunjuk ke luar rumah..aduhai anakku ni..apa-apa pun I enjoy sangat2 dengan telatah AA ni. Missed him so much pulak. Hehe.. Setiap kali I called my mom & nak cakap2 ngan AA, mesti dia ambil hp tu & kiss. Kalau call Hubby I pun, mesti dia kiss hp tu. Macamlah ada depan mata. Ada2 je gelagat AA..







** Maaf la ye..vidoe di ambil secara menegak..maka hasilnya pun, kena sengetkan sikit pala tu..

L.o.g.o.f.f.

:: Birthday Wishes ::

Hanya ucapan Selamat Ulang Tahun kelahiran kepada mereka yang sambut pada bulan Januari & Februari 2010. I doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan, dilimpahi rezeki, di berkati, dirahmati olehNya, dijauhkan segala kemungakaran dan berbahagia selalu. Ucapan ini di tujukan untuk:

  • My Mom - 16 Jan
  • My BFF - 19 Jan
  • Biras (Kak Azie) - 3 Feb
  • BIL (Aji) - 5 Feb



L.o.g.o.f.f.

:: Bertemu Kembaliiii ::

Salam....

Dah lama tak update apa-apa lately.Dah berganti tahun pun - 2010. Nak update apa-apa, macam tak kecukupan masa nak menghadap lappy. Adalah sebab musabab dia. Salah satunya sibuk berkebun, berakuarium..hehe.So, pada entry ni I buat summary sepanjang bulan December 2009. Itu pun mana yang I masih ingat lagilah sehingga hari ini.

11 December 2009

My Hubby came back from Makah for his monthly leave. Sepatutnya, My Hubby dijadualkan pada Januari 2010, tapi nak selaraskan dengan group2 yang ada, balik awal sebulan dari sepatutnya. Owh ya..Alhamdunilah My Hubby selamat menunaikan Rukun Islan yang ke-5. Balik kali ni pun bersama-sama dengan jemaah Haji. As usual I fetched him at KLIA. Tapi I sampai lambat & My Hubby pulak, flight dia sampai awal dari masa yang sepatutnya. After fetched him, I straight away drive to Seremban. AA di rumah, masih tido rasanya. Memula nampak My Hubby, nangis jugak..tapi sekejap jer. Setengah jam lepas tu dah bole gurau2, main2.

12 December 2009

I & My Hubby balik ke SB. Pada hari tersebut adalah hari pertama I bermalam di rumah baru. Selepas proses pindah hari tu, I tak stay di rumah baru tu. Mana berani Oooo stay sengsorang. Tak ada keberanian lagilah. Maka banyaklah benda yang nak dibuat. Banyak yang tertangguh kerja. AA I tinggalkan di Seremban. Tak bole bawa sama sebab nanti I tak bole nak kemas2 apa yang patut. On Tuesday after office, I & My Hubby balik Seremban & ambil AA bawa balik ke SB. Malam tu jugak sebab the next day I kerja. Maka AA dijaga oleh My Hubby sehingga tamat cutinya. Ala-ala Mr. Mama gitu.. :)

Tapi AA macam tak sihat lately. Keesokkan harinya, I pergi office macam biasa. Tapi lepas I sampai office, I called My Hubby bertanyakan khabar 2 beranak tu. So far ok la menurut My Hubby, he still can handle his son. Lega hati bila mendengarnya. Lepas office hour, I pun dengan segera balik rumah. TAk sabar rasanya nak tau keadaan mereka berdua. Sampai je di rumah, My Hubby ada guest, & I tengok AA tak ada. Rupa2nya AA tido. My Hubby kata, masa nyusukan AA tengok2 dia dah terlelap. Sebab apa tau, AA tak tido dr tengahari. Mana tak mengantuk. Sekejap je dia tido, tak lama I sampai rumah AA dah terjaga. Adatlah dengan meragam dia..langsung mandikan AA untuk segarkan dia. Malam tu AA demam..

Next day, I tak kerja. Bawa AA ke clinic. Yang peliknya siang hari sihat walafiat. Tak sakit pun sikit pun. Tu yang buat I pening sekejap. On Friday we all balik ke kampung my Hubby.

21 December 2009

Its our 2nd anniversary!!!!!Tapi on that day I pulak yang demam. Isk..tak best betul... I harap kehidupan kami akan ceria selalu, di murahkan, dilimpahi rezeki, di berkati, di rahmati olehNya, saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan yang palin semoga ikatan kami akan berkekalan dunia akhirat. Love both of u sooooooo muuch. Tau lagu Ruth Suhanaya?? Kaulah Segalanya Untuk Ku..cewahhh..

25 December 2009

X-mas Day..maknanya Public Holiday. Hari ni balik ke Seremban. Sebab cuti My Hubby dah nak berakhir..

26 December 2009

Hari untuk kembali ke tempat mencari rezeki. Actually, My Hubby dah terlewat untuk check-in. Lepas keluar tol, baru nak pecut tetiba jammed. Alamak!!! Sempat ke tak nak sampai ke KLIA ni. Sepatutnya sejam lagi kapal nak berlepas dah kena check-in. Macam2 yang bermain di kepala My Hubby, seandainya tak dapat check-in, maka kena balik bayar tambang sendiri la jawapnya. Setibanya di KLIA, I just park diluar je, My Hubby turun dulu & tanya CS boleh check-in lagi ke tak. Alhamdunillah rezeki masih memihak My Hubby, diizinkan untuk check-in. Lagi 45 minit, kapal akan berlepas. So sad, I tak dapat hantar sampai ke dalam...

28 December 2009

Berbalik kepada routine biasa semula. Lepas keje I balik ke SB. Oh ye..AA masih lagi on off demamnya. Tu pun agak merisaukan I. Ada 1 malam tu, temperature tinggi. Kelam kelibut dibuatnya. Tak bole tido malam dibuatnya. Kesian juga AA..tak tau apa puncanya.

30 December 2009

Dalam jam 12 tengahari, I received call from mak I. She asked me to go back ASAP. Katanya AA tido, air liur dia menitik beserta dengan darah. Apa lagi, I pun dengan segera mintak permission dengan my Boss balik & plan untuk bawa terus ke hospital.

Malang tak berbau...tetiba temperature kete I naik menegak. Bukan agak, tapi memang panic sangat2 sebab everything happen at the same time. What should do??? Entah macamana I called my BIL. Dialah yang terdekat buat masa ni. Lepas hantar kete ke bengkel di Bangi, I & my BIL balik ke Seremban & terus bawa AA ke Hospital - KPJ Seremban Specialist. Lepas Doc check AA, she decided AA need admitted. OMG, I pulak yg nak pengsan. Tetiba I rasa kekosongan, dahlah My Hubby baru je balik ke Mekah. Kini AA admitted. Just informed My Hubby yang AA admitted. Selepas tu mulah proses AA kena amik darah, ujian x-ray, wat drip tuk masukkan air di tangan kanan AA. Alahai kesian sungguh. Rasanya biarlah I yang kena sume tu. Tak sanggup rasanya nak tengok sume tu di tanggung oleh AA.

Next day, result darah & X-ray dah dapat. Menurut Doc, dalam darah ada kuman yang hampir 6x ganda dari orang normal. Paru-paru pun ada kuman jugak. Maka, akan berumah tangga di Hospital agak lama. I & AA sambut Tahun Baru 2010 di Hospital.


AA berada di hospital sehingga 8 January 2010. Itu pun cirit birit dia belum nak ok sangat. Tapi taklah seteruk sebelum ni, cirit dah sampai kuar air je. Tak ada isi langsung. My Hubby dapat balik tengok AA. Sampai pada 5 January 2010 sehingga 12 January 2010. Lega sikit perasaan I, emosi pun taklah down sangat.

Ok lah..tu serba sikit cerita apa yang terjadi sepanjang bulan 12,2009. Till then..


L.o.g.o.f.f.