Wednesday, February 29, 2012

:: Malaikatmu... ::

Sedang-sedang membelek list all the posts, tetiba nampak ada post yang belum publish lagi. Sekadar nak berkongsi rasa sahaja.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu... 


.l.o.g.o.f.f.

:: Leap Year ::

Hari ini 29 hb 2012, tahun lompat..akan ada hari ini empat tahun sekali. Hurmmm...tarikh yang unik, kepada sesiapa yang sambut ulang tahun kelahiran atau perkahwinan akan sambut empat tahun sekali. Agak-agaknya sambutan empat tahun sekali ni mesti sambut dengan meriahkan..apa-apa pun bersyukur ke hadrat Illahi kita bertemu pada tarikh ini. Moga akan berjumpa kembali..

.l.o.g.o.f.f.

Tuesday, February 28, 2012

Permata Hati [Eps 6]

Pada 22 Feb ada appointment AF dengan speech therapy-ENT Clinics. Nama je speech therapy, tapi tujuannya untuk doc review samada AF dah boleh bagi makan atau minum secara oral (guna mulut). Saranan dari doc peads, sebab katanya AF dah 9 bulan, sepatutnya AF dah kena makan solid food. Tapi pada hari tu, dari soal siasat yang dijalankan oleh doc kepada mumy nya, apa yang dapat doc putuskan, AF belum boleh lagi feed secara oral lagi. Ini kerana apa sahaja yang disuapkan ke AF akan masuk ke paru-paru. Tanda-tanda yang makanan or susu ke paru-paru, setiap kali suapkan AF pasti akan batuk. Maka, untuk selamatkan keadaan yang mana AF tak boleh feed secara oral, doc sarankan supaya AF minum susu melalui NG tiub. Apa yang doc bagitahu ialah, memanglah boleh feed AF secara oral, tetapi priority mereka ialah nyawa. Kalau boleh diselamatkan maka itu keutamaan mereka. As a mom, I respect their opinion and followed what ever they have suggested to me to stimulate AF tongue. Thats first part.

Second part, dah alang-alang ke ENT Clinics, tukar sekali NG tiub AF. Tiub kena tukar setiap 2 minggu. Kalau tak silap, hanya AF saja yg akan tukar tiub di Peads tu. Sampaikan all the Staff Nurse dah kenal dan tahu kalau nampak muka mumy ni, mesti datang nak tukar tiub. Prosess tukar tiub ni kalau AF tak meragam sangat sekejap sahaja. Tapi kalau AF meragam/ mengamuk maka akan amibil masa sedikit yang mana, tiub takkan masuk ke dalam perut AF. Dan juga bukan semua staff nurse boleh buat. Ikutkan procedure, ibu tak dibenarkan masuk untuk tengok proses-proses tersebut. Tapi memandangkan mungkin dah biasa dengan proses tersebut, maka staff nurse izinkan untuk bersama-sama. Apa jua kemungkinan terjadi juga telah sedia maklum, seperti tiub boleh masuk ke paru-paru, berdarah ke..sebab ia akan terjadi. Sedang masukkan tiub, masa tu tengah pegang AF, tiba-tiba nampak muka AF merah yang amat sangat. Hairan juga kenapa dia menahan sedemikian rupa..bila tiub dah masuk buat test dengan air, rupa-rupanya ke paru-paru. Mungkin AF menahan sakit yang amat sangat sampai mukanya merah padam. Lepas tiub dikeluarkan semula, barulah AF menangis. Masa menangis, airmatanya kelihatan bercampur dengan darah. Terus laplah airmata dia sambil bagitahu kepada staff nurse. Memandangkan mereka tak nampak airmata tu, maka seorang nurse ni perhatikan airmata AF kot-kot keluar lagi. Bila dah nampak, langsung called doc tanyakan apa perlu dibuat. Dari pepnjelasan doc, ianya terjadi mungkin kerana semasa AF menahan, pressure yang dia bagi terlalu kuat yang mana membuatkan pembuluh darah disekeliling mata pecah dan ianya juga tak ada side effect. Takut juga kalau-kalau ada side effect. Masa kejadian risau juga, manalah tahu akan dapat benda yang lain pula. Tapi bila doc kata tak ada apa-apa, lega juga hati ni. Bila teringat kembali kenapa nurse tak bagi ibu-ibu tengok kalau nak ambil darah ke, atau apa saja procedure yang nak dibuat, baru faham kenapa.  Bila di rumah, kalau teringat kembali peristiwa itu, sayu hati ini. Betapa anak ini menahan kesakitan walaupun hanya tuka tiub. Kalaulah rasa sakit itu boleh transfer ke mumy, biarlah mumy yang rasa sakit itu. Terasa betapa kuatnya anak kecil ini. Hati ini kembali tersenyum bila kala melihat AF boleh tersenyum dan ketawa. Perasaan emo ni terbawa-bawa sampi sms ke my BFF. Rasanya, kalau tak diluahkan, rasa berbuku dalam hati. Sorry lah Ummi, buat ummi risau masa tu.

Third part, hari yang sama result exam keluar. Rasa debar nak tahu result memuncak-muncak. Setibanya di rumah terus minta hp hubby, nak tengok result secepat yang mungkin. Alhamdunillah result diluar jangkaan, rasanya macam mimpi je bila tengok. For the next sem, rasa semangat pula..kalau ada rezeki nak lagi dapat result macam tu. Dalan kata lain, kena maintain..

.l.o.g.o.f.f.

Tuesday, February 21, 2012

:: Cinta Hati [Eps 2]

Macam-macam gelagat AA sekarang ni..since dah sekolah ni, ada juga perubahan dia. Kalau sbelum ni kalau di ajar apa saja tak kira ABC,123, Aliff Ba Ta ke..main-main je dia..bukan tak ikut apa yang mumy or babah dia ajar, tapi tak sungguh-sungguh. Sekarang ni alhamdunillah nampaklah perubahannya. Pada mulanya, agak risau di hati ini, macamanalah agaknya AA ni..boleh ke tak dia belajar. Dapat terima tak..faham tak apa yang teachers dia ajar. Iye lah, majoriti teachers speaks English. Takut AA tak faham sangat arahan cikgunya.

Semalam, sedang asyik memasak, tiba-tiba dengar satu suara baca doa makan. AA ni perangai dia kalau di tanya takkan dijawab. Ini tetiba dia baca doa makan. Walau tak sebutan tak berapa betul, tapi adalah bunyi doa makan dari sebelum ni bila suruh baca doa makan yangdi baca "Bismilla..Amin.." tu je..nak marah pun tak boleh, bila fikirkan kita nak mengajar dia SABAR je lah. 

Sejak sekolah juga ni AA sekejap panggil mumy, sekejap panggil MAMA..memula betulkan juga or buat tak tahu, tapi maybe sebab dia belajar d sekolah ignore kan je juga. Tak kisahlah nak panggil apa, asalkan bukan yang kurang sopan sudah. Babah dia pun di tukar panggilan..jadi BAPAK..kot kasar sangat bunyinya AA. Hubby pun layankan aje si AA ni. The best part satu lagi, AA gelarkan dirinya TIGER, AF TIGER KECIL, Babah LION, Mumy DINOSAUR. Semuanya pengaruh apa yang dia dah belajar di sekolah.

Harap-harap AA akan dapat menerima pelajaran yang dipelajari ini dengan hati yang terbuka. Dan gunakanlah untuk kebaikkan bukan kemungkaran. 

.l.o.g.o.f.f.

Saturday, February 11, 2012

:: Cinta Hati [Eps 1]

Cinta Hati - AA, sekarang ni dah boleh diharap juga. Kalau di suruh jaga adiknya, boleh lah dia jaga untuk seketika. Kalau disuruh buat apa-apa kerja, macam tolong buangkan diapers adiknya..nak juga dia buat. Ragam AA adakalanya menduga juga. Sekarang ni dia dia dah bersekolah, meragam pada minggu pertama dan kedua saja. Lepas dari itu, dah tak meragam lagi sebab syarat dia Mummy yang kena hantar dia ke school. Kalau kata Babah yang hantar, mau ngamuk sakan AA. Ikutkan je rentaknya, asalkan AA nak ke sekolah. So far ada perubahan sedikit juga pada AA sejak dia sekolah. AA kalau di tanya kat skool blajar apa??..takkan dijawabnya..tapi kalau dia main-main seorang adalah bunyi-bunyi apa yan dia blajar tu keluar..spt ABC, 123 ke..kadang2 nyanyi..kalau buka buku..dia adalah tunjuk apa yang dia belajar...INI NINA, INI NANI..dia pulak yang ajar Mummy nya..

Hari ini, AA tak sihat batuk-batuk, running nose dan pagi ini, matanya berair-air. Macam sakit mata nampaknya. Mungkin sebab panas sangat cuaca diluar or mungkin ada kawan2 disekolah yang tidak sihat. Hurmm....nak buat macamana, kalau dah sekolah macam-macam hal boleh jadi. Tak boleh nak buat apa dah. Sekarang ni tengah sibuk tanya nama makcik2nya, atuk, nenek, mak tok, tok chaq, mummu & babah dah tau..tup tup tanya nama Umi..nama umi apa?..Fatimi..owhhhh..Fatimi.. ok lah..sampai sini dulu ya..


.L.o.g.o.f.f.



Friday, February 10, 2012

:: Permata Hati [Eps 5] ::

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari 2012..AF pun dah 9 bulan..tak lama lagi dah setahun..terasa masa begitu cepat berlalu, masa terlalu cemburui kita..mungkin sebab terlalu sibuk melayan anak-anak dan rumah tangga sehingga terasa masa begitu cepat berlalu..mana tidaknya,.dengan follow-up AF di 2 hospital - PPUM & HSB. HSB saja refer dengan 3 clinics. Pernah satu hari follow-up dengan 2 clinics, berlari2 juga dibuatnya. Ingatkan pergi 2 clinics yang berbeza pada hari yang sama akan memudahkan kerja..tapi sebaliknya..nak kejar no. giliran.,pening-pening. Maka sejak hari tu, ambil satu appointment saja. Dah tak mahu ambil 2 appointment dalam hari yang sama. Alhamdunillah AF semakin sihat nampaknya. Last appointment dengan Peads, Doc dah suruh ajar AF makan secara oral. Ini kerana AF semakin membesar dah harus support dengan solid food. Selepas berjumpa dengan Doc, dah cuba bagi AF makan, alhamdunillah dia menunjukkan perkembangan yang positif. Hati ibu mana yang tidak suka bila si anak menunjukkan perkembangan yang baik. Walau pada awalnya, tak banyak makan, tapi sekurang-kurangnya pada ibu ini dah besar rahmat. Sehingga semalan kiranya AF dah boleh makan. Sekarang ini, tugasan mencari menu yang bersesuaian untuk AF makan. 

Buat masa ni, hanya bagi AF mkn bubur nasi yang dicampur samaada dengan carrot, pumpkin, bayam merah dll dulu..Memandangkan AF ni alergik dengan cows milk, maka segala makanan yg ada dipasaran seperti biskut, Neslec, puree taklah dbeli. Doc pun dah suruh berhati-hati untuk elakkan AF diarrhea. Tak apalah, ada rahmatnya kenapa mummy tak berkerja lagi selain menjadi surirumah sepenuh masa, ini masanya nak bagi yang terbaik buat anak-anak baik AA atau AF. Tak lupa juga buat Mr. Hubby.

Owh, ya pada 8hb, appiontment AF dengan ENT. Kali ni kali yang ke-3 AF buat audiology test. Kiranya minggu lepas AF berjaya juga buat test tu. In kerana test tu harus dibuat masa tidur. Sebelum sampai ke HSB AF dah tidur, maka terus je minta buat test tu dengan kadar segera sebelum AF bangun. Tengah-tengah pasang all those wayar-wayar ni, tiba-tiba AF bangun. Takkan dia tidur semulalah jawabnya. Kalau nak tidur semula lagi 1 1/2 jam ke 2 jam lagilah baru dia tidur semula. Doc dah reschedule untuk buat test tu..alahai..letihnay nak ulang buat benda yang sama. Puas cuba tidurkan AF, tapi macam tahu-tahu je yang dia nak kena buat test. Masa AF dah mamai, cepat-cepat suruh Doc pasang wayar-wayar dulu, bila dah lelap baru ambung ke komputer. Berjaya juga akhirnya. 
Keputusannya??? Berdasarkan pada test yang dibuat, AF didapati mengalami masalah pendengaran tahap teruk. Masalah pendengaran ada 4 tahap: 1) Ringan 2) Serdehana 3) Teruk 4) Sangat teruk. Dua bulan yang lepas masa buat test (test yang lain method) AF didapati mengalami masalah pendengaran tahap serdahana. Tahap serdahana boleh ke normal. Masa diberi penerangan tentang masalah AF ni, hanya mampu mendengar apa yang diperkatakan. Apa yang masuk dalam kepala ni, AF akan dipantau sehingga berumur 5tahun, kalau betul ada masalah pendengaran mungkin AF kena guna alat bantuan pendengaran. Buat masa ni ada beberapa perkara perlu dibuat untuk pantau pendengaran AF. Sekiranya benar, akan ada masalah komunikasi buat AF yang mana AF tak dapat mendengar apa yang diperkatakan. Untuk AF berkomunikasi agak payah. Maka kenalah cakap satu-satu kepada AF supaya dia faham apa yang diperkatakan. 

Hati ibu mana yang tak sayu bila mendengar semua ini. Hati menjadi hiba bila kenangkankan nasib anak kecil ini. Rasa kasihan yang amat sangat..tak tahu nak ungkap macmana. Bila dikenangkan semula apa yang diperkatakan oleh Doc, akan pasti menitik air mata Mummy sayang..Tapi bila AF bagi respond bila di agah-agah, rasa seronk sangat. Tengoklah macamana pada masa akan datang. Apa yang dapat diharapkan semoga AF akan sihat walafiat. Semoga Allah akan beri kekuatan, kesabaran yang amat tinggi pada kami sekeluarga bagi menempuh dugaan dariNya. Sesungguhnya Ya Allah, aku terima semua ini dengan hati yang redha dan aku pasrah kepadaMu dengan amanah yan telah Engkau pinjamkan ini. Engkau juga limpahkanlah rezeki kepada kami sekeluarga, dan berikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ku, suami ku yang mencari rezeki dan kepada ku unuk mendidik, mengasuh amanah Mu ini Ya Allah.Amin.

.L.o.g.o.f.f.