Wednesday, April 18, 2012

:: R.A.G.A.M ::

As salam..dah lama betul tak update blog..sejak dah mula class ni, sibuk sikit. Macam2 hal pula sem ni..apa2 pun semuanya dah selesai..segala macam issue timbul sedikit banyak buat routine kelam kabut sikit jugalah..mana dengan assignments lagilah..insyaAllah semuanya akan ditempuh dengan tenang sekali. Bulan lepas bulan ulangtahun kelahiran yang ke32..aishhh..dah 32 tahun rupa2nya..orang kata 3 series..huhu..tahun ni dapat present dari my hubby..walau advance 3 hari, takpe la kan..bulan lepas juga my BIL punya majlis kahwin..so sibuk siap2kan untuk makan beradab. Dilantik menjadi Chef on that day only..dalam masa yang sama, my hubby tak sihat, AF pun tak sihat..agak kelam kabut masa nak masak..mana nak tengok anak lagi..kira nasib baik hubby larat nak tolong jaga AF. masa majlis berlangsung, AF memang tak keluar rumah langsung. Balik je ke rumah, AF memang terus demam..adoiii..kebetulan nak jumpa doc pulak minggu tu..kira nasib baik tak kena tahan ward..lega..
RAGAM manusia kita memang tak boleh predict kan. Serba salah dibuatnya..kita pun bukan boleh baca fikiran orang. Dan belum tentu fikiran orang sama dengan kita. Tapi kita ni tetap cuba buat yang terbaik untuk orang2 disekeliling. Paling sentap bila kita penat2 masak, tak dimakan..memang terasa sangat2. Bukanlah kita ni masak sedap sangat pun, dan mungkin tak kena selera..asyik dibuang ajelah lauk2 & nasi tuh. Kita ni pula sebab sayang, esoknya panaskan & makan lauk semalam. Tak mo membazir..kesian pada yang mencari rezeki, kita pula sedap2 buang ya..hurmmm..sampai kecil hati bila itu semua berlaku..itu satu hal..lama2 kita pun berfikir dengan sedalam2nya, lantaklah..asyik nak fikir perut orang buat apakan?..baik kita masak untuk anak & suami kita. Lagi afdal rasanya..so sekarang ni, nawaitu kita masak untuk anak & suami kita sahaja. Yang lain tu..kalau nak makan, makanlah..kalau tak mahu makan... Ada Aku Kisah!!!. Perut hangpa..bukan perut kita..janji anak & hubby kita tak kelaparan sebab kita mogok tak mahu masak & kecil hati dengan mereka dan keluarga mereka.
 Itu satu bab, satu lagi..heran bin ajaib..penat sangat ke kerja di office tu?..balik2 kerja terus tidur..macam mencangkul di kebun seharian penatnya..sedangkan my Hubby, lepas kita balik dari class, akan ke office semula nak buat kerja. Balik rumah dalam jam 2 pagi..tidur bape jam je..pagi2 dah kena hantar my AA k sekolah..AA masuk sekolah jam 8 pagi. Bape jam je dia tidur.. Pernah sekali tu, kita balik dari class..kebetulan habis awal, sampi rumah sebelum jam 10 malam. Dah masuk tidur gamaknya..dalam hati ni berkata2..penat sangat ke? besok dah anak anak mcmana? Ishhh...tak faham lah..bukan nak cakap apa..nak kata kena buat kerja rumah lepas balik kerja tak lah juga..bukannya terkejar2 masa nak kena masak. Tak payah pun nak fikir nak kena kemas rumah ke, apa ke..hanya fikir diri sendiri je, kain baju sendiri je. Kalau kita kemas rumah pun, vakum satu rumah & mop sekali, kita buat sekali juga..takde nak kata lantaklah..pandai2lah jaga..tapi tu lah..ragam orang kita tak tahukan..apa yang dia fikir memang kita tak terjangkau. Hanya Allah yang Maha mengetahui..kita doakan moga2 akan ada perubahan dalam diri mereka. 
Jangan hanya fikirkan diri sendiri, wife preggy kena lah sama2..jangan biarkan sorang. Habis tu, apa function suami?..ni bila wife preggy,  sume nak buat sendiri. Bila bagitahu yang bapa pun kena sama2..mcm baca al-quran, jawabnya biarlah wife yang baca..bb boleh dengar..ehhhhh...banyak cantik muka kamu..biarlah sama2 kita jawab. Bukan anak wife kamu tu seorang..anak kamu jugakkan..suka2 hati je..dahlah kita yang rasa semua perubahan emosi, fizikal..yang si suami pulak macam nak lepas tangan. Ya Allah moga2 berubah mereka2 ini. Kita berkahwin nak berkongsi rasa sama2..bukan nak tanggung seorang2. Kalau macam tu, baik tak payah kawin. Biarlah jodoh ini berkekalan bat selama2nya. Bertolak ansur satu sama lain, bantu membantu sama2..sebab jodoh kita dengan pasangan kita adalah saling melengkapi antara satu sama lain. 

.l.o.g.o.f.f.