Tuesday, August 16, 2011

:: Permata Hati [Eps 3]

Salam...

Berbalik pada saat aku di labor room..setelah kurang dari setengah jam aku melahirkan AF aku telah didatangi oleh seorang doktor. Beliau telah memperkenalkan diri sebagai Doktor Puteri - Dr. Tengku Puteri Zainab namanya. Seorang doktor pakar kanak-kanak. Beliau telah memaklumkan bahawa anak yang aku lahirkan mempunyai ciri-ciri 'Down Syndrome'. Boleh bayangkan tak perasaan aku pada masa itu??...suatu perasaan yang tidak dapat dibayangkan..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya..semuanya telah termaktub di loh mahfuz aku dan Hubby dikurniakan anak istimewa. Hanya titisan air mata saja mampu aku lakukan pada masa itu.Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan sebenarnya.

Demi tuhan aku sememangnya tidak dapat untuk menerima hakikat yang anak aku itu DS. Setiap ibu yang mengandungkan anaknya pasti mengharapkan kesempurnaan saat baby dilahirkan..Sehingga aku discharge dari hospital dan balik ke rumah orang tua aku, aku masih tak dapat terima semuanya..aku tak punya kekuatan untuk semua ini..sehinggakan untuk memegang AF pun keberatan..aku hanya menyusukan AF, sebab tak mahu dia lapar saja..entahlah..aku pun tak tahu apa yang aku buat ni..

Aku telah bawa AF jumpa doctor sebab demam kuning..doktor ada menanyakan aku 'ada tak doktor di hospital mengatakan anak aku itu ada MASALAH atau tak?' Masalah ke anak aku tu??? Itu yang membuatkan aku sedih sangat2. Anak itu bukan MASALAH pun..dia tak berdosa apa pun. Apalah yang dia tahu..lagipun bukan itu yang dia pinta, mungkin AF pun mahu seperti anak-anak lain. Tak apalah..aku percaya setiap anak-anak yang dilahirkan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting kami akan mendidik anak-anak kami dengan sebaik mungkin baik AA atau AF.InsyaAllah..apa yang aku mohon, aku punyai kekuatan, ketabahan, kesabaran yang teramat tinggi untuk mengharungi perjalanan hidup.Semoga aku & Hubby dapat melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaiknya.

Alhamdunillah, aku punya sokongan bukan saja dari Hubby aku, tapi adik-adikku juga. Pada awalnya aku juga takut juga nak menghadapi semua ni..hadapai pandangan orang, mata-mata orang, kata-kata orang dan lain-lain. Tapi sekarang ni, aku tak ambil peduli apa orang nak cakap pasal AF, nak kata apa, katalah..Syukur Alhamdunillah sejak kehadiran AF rezeki Hubby aku makin bertambah-tambah. Semakin hari semakin aku jatuh sayang,kasih yang tak terhingga kepada anak ini. Untuk anak-anakku...mummy & babah sayang kalian dunia akhirat.

.L.o.g.o.f.f.

Sunday, August 14, 2011

:: Permata Hati [Eps 2]

Salam..

Hurmmmm...masih berkenaan AF lagi..seminggu selepas dilahirkan, AF dimasukkan ke NICU, Hospital Sg.Buloh sebab jaundis (demam kuning). Bacaan bilirium dia pada masa tu dalam 400 lebih..hanya tuhan yang tahu betapa risaunya aku mengenangkan keadaan AF yang terlalu kecil itu. AF di letakkan bawah lampu (photo) bukan 1, malah 4 lampu..betapa panasnya aku rasa. Aku yang duduk sebelah dia pun terasa bahang. Alhamdunillah, AF tak banyak ragam..hanya tidur saja..ikutkan asik tidur saje pun tak berapa elok..sekurang-kurangnya kena nangis sikit bagi exercise paru-paru tuh..pada malam tu doctor minta darah aku pula..aku bertanya untuk apa..katanya untuk cross match darah aku dgn AF. Katanya lagi seandainya bilirium AF naik sehingga 500..AF kena tuka darah..Subhanallah...aku terus menelefon Hubby dan menceritakan apa yang akan terjadi pada AF. Hubby ku sebolehnya tak mahu sampai tahap kena tukar darah..syukur Alhamdunillah dalam masa dua hari bilirium AF turun dengan agak mendadak..dan AF boleh discharge dari hospital..

Selepas urusan discharge dari hospital selesai, kami pulang ke Senawang untuk aku berpantang di sana. Keesokkan harinya barulah dapat aku berurut. Sakit-sakit badan tak usah di cakap macamana..rasa nak tanggal semua sendi2 badan ni..selepas ini aku perlu berulang ke HSB untuk follow up check up AF..dengan Clinics Peads, Eyes, ENT dan ECHO di Hospital Serdang. Alhamdunillah kesemua follow up telah aku jalani, kecuali ENT pada bulan September ni.

Setelah sebulan berpantang, aku telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah aku di SB. Memandangkan ada beberapa follow up yang tarikhnya berdekatan, membuatkan aku berasa sangat keletihan nak berulang alik dari Senawang ke HSB. Yang membuatkan aku terasa keletihan adalah sebab menunggu yang agak panjang masanya..al maklumlah..bukan hospital swasta..jadi baki 14 hari untuk aku berpantang, aku habiskan di rumah aku sendiri bersama-sama anak-anak dan suami ku..Di rumah pun bukan buat apa pun..makan tidur jugak, tengok tv, mandikan anak2..sama kalau aku stay di Senawang.



.L.o.g.o.f.f.

Friday, August 5, 2011

:: Permata Hati [Eps 1] ::

Assalammualaikum w.b.t...

Sekian lama tak update apa ceritera sejak kebelakangan ini..Since I melahirkan my second lil price lagilah tak berkesempatan nak ngadap laptop..For info, putera kedua kami dilahirkan awal sebulan dari tarikh jangkaan..dilahirkan pada 3 May 2011, jam 0824 di Hospital Sungai Buloh secara normal..jangan tanya kenapa awal..memanf dah sakit nak bersalin..sampai je di hospital bukaan rahin dah pun 6cm..huhu..perkara yang memang tak dapat dielakkan..Alhamdunillah semuanya selamat..kali ini my dear Hubby tak sempat nak temankan di labor room..nurse call pun dia tak sempat nak jawab panggilan..kali kedua called,terus disuruh masuk ke labor room.Mr.Hubby ingat I belum bersalin, tapi dah selamat pun....dia pun terperanjat..sekaramg AA dah ada adik..tak ada siapa tahu yg I telah selamat bersalin pada hari itu. Selepas I selamat bersalin, dan dalam proses ke wad barulah my Hubby called our famili untuk bagitahu berita yang tak disangka2kan..actually I dah mula terasa sakit perut since malam dalam jam 9 lebih. On that time I tunggu my Hubby balik dari kerja untuk pulang ke SB (masa tu ada di Senawang hantar AA sementara I nak ambil final exam on 5 & 10 May 2011).Tapi i wat tak reti ajelah..tak mahu fikir2kan yang bukan2. Sepanjang perjalanan ke SB sakit perut selang 30 mins..dah lah jammed masa tu..aduhai...Sampai je di SB, I terus ambil bantal & terus tidur. Biasanya I akan kemas2kan bekalan pakaian dulu..tapi malam tu I letak ke tepi aje..Dalam jam 3 pagi tetiba perut terasa sakit semula..I pejamkan mata tak mahu tengok jam pada masa tu sebab tak mahu kira sakit selang berapa mins..akhirnya I mengalah & terpaksa lihat jam jugak sebab sakit semakin kerap..bila tengok jam dan kira sakit dah selang 10 mins..I cuba bertahan (cuba menafikan yg kita ni dah sakit nak bersalin). Dalam jam 5 lbh I dah mula keluar masuk bilik air..finally bila dah terlihat palitan sedikit darah..dengan segera I kejutkan my Hubby untuk ke hospital terus..Selepas subuh kami pun bergerak ke hospital..tiba di hospital dalam jam 7.30 a.m..check bukaan rahim & ECG dah terasa bb nak keluar sangat2..sampaikan doc suruh tahan, memang dah tak bole nak tahan lagi dah..apa pun tak sempat nak buat, sampaikan ambil darah pun sambil berjalan ke labor room..apa lagi bengkak ler tangan ni..itu semua I tak kisah sebab motif masa tu nak keluar bb..oh ya our lil prince dimanakan "AHMAD FIRAS BIN AZLAN". Firas bermaksud berpengetahuan, berilmu...sebenarnya nama 'Firas' I berkenan semasa menonton tv2 cerita yang dilakonkan oleh Zul Huzaimy & Ayu Raudhah (Kau Laksana Bulan kalau tak silap tajuknya)..terpikat dengan kesabaran,diplomasi, tenang dalam watak yang dibawa sebagai 'Firas Ali' langsung I cari makna 'Firas' tu apa..so bila dah dapat maknanya, I informed my Hubby boleh tak letak nama tu..bila nyatakan maknanya..my Hubby pun agreed. Pada mulanya nak letak "Muhammad Firas"..mcm panjang pulak..maka 'Muhammad tu di pendekkan jadi "Ahmad Firas".

Ok lah..lepas ni sambung lagi coretan pasal permata hati kami..salam sayang untuk my Hubby dan jugak anak2 mummy AA & AF...love u all so much!!!


.l.o.g.o.f.f.