Tuesday, April 20, 2010

:: My Weekend Activity ::

Last Saturday (17 Apr 2010) I attend Home Made Choc Workshop @ Bagus Bakery Kota Damansara. The class should start at 2.30 p.m. But extend for a few minutes (I think almost 15 mins) coz the Chef have another class - Demo Hari Raya Biscuits. Rugi I tak join that demo, tapi ta bole jugak sebab pagi tu I kerja. Ada 10 jenis biskut yang Chef tu ajar. Banyak juga tu. The Choc Workshop sponsored by my dear Hubby. :) By the way, actually end of this month have Demo pulak. Dont know either I will join or not. Later will think back. So, below I attached hasil kerja I pada masa tu..Ermmm...lepas ni apa I nak buat ye??

p/s: Rasa-rasa boleh di ambil tempahan tak?





L.o.g.o.f.f.

Thursday, April 15, 2010

:: Airmata Ibu ::

Semalam petang, on the way nak balik ke rumah, I terdengar 1 topik yang dibincangkan di radio. Memang menyentuh hati jugaklah. Lagu yang dimainkan, Ayah & Ibu nyanyian Sudirman. DJ memberi peluang kepada pendengar untuk memohon maaf kepada ibubapa masing-masing. Kepada yang nak memberi sms, DJ tu akan bacakan. Lepas tu, diputarkan lagu ini, nyanyian Siti Nurhaliza. Sehingga pagi ni, masih terngiang-ngiang di telinga lagu ni.. So, dengan segera I search lirik lagu ni..

Kita kalau dah jadi ibu, baru faham & mengerti pengorbanan seorang ibu. Hati & perasaan seorang ibu untuk mendidik anak2 hingga menjadi orang yang berjaya. Kalau boleh ingin berikan yang terbaik untuk anak2. Kalau tak mahu anak2 kita buat sesuatu yang akan menyakitkan kita, maka kita pula janganlah pula menyakitkan hati ibubapa kita. Hidup ni ibarat roda, lambat laun juga kita akan terima bahagian kita.

Apakah sebenarnyaTerbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa ku rungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Namunku percaya
Takkan terlerai kasihIkatan ini tak kan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segara
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
L.o.g.o.f.f.

Wednesday, April 14, 2010

:: Ku Tahu ::

Ku tahu apa yang telah kau perkatakan..walau tidak secara direct. Tapi kenapa tak cakap terus pada aku sahaja. Buat apa lontar batu, tapi sorokkan tangan tu. Jangan lupa,semasa kau lontar batu tu, mungkin ada orang nampak perbuatan kau itu walaupun aku tidak tahu. Dan bukankah cara kau itu sebagai seorang yang pengecut?? Kalau nak kita berdepan - face to face.

"..terlalu ego org lain jd mangse.. kesian ank kecil itu.... moral: ibu bapa harus dihormati walaupun anda kaya!!!"
"..manusia mudah lupe daratan...parents pon kecil ht~ kesian.."
Untuk statement yang pertama tu, siapa yang tak ego?? Cakap? Semua orang ada tahap keegoan masing2. Terpulang macamana nak handle. Tapi kalau dah terlalu emo.. tak tau nk kata apa. Fikir sendiri untuk kebaikan sendiri. Tak perlu kesiankan anak kecil itu..sbb dia masih ada ibubapa yang melahirkan dia, menyara, mendidik. Kau tu tak tahu apa perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Yang kau tahu, layan kepala batu kau tu je, kata hati yang kononya betullah tu. Nak suruh orang hormati ibu bapa? Diri sendiri hormat ke dengan ibubapa dia? Dah ibubapa tak restu, kenapa masih nak teruskan? Kenapa dibantah dengan pilihan kau tu? Aku tahu jawapanya. Dan disebabkan itu, kini aku memperolehi kebahagian, kegembiraan. Nikmat yang tidak terhingga rasanya. Tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kepada ibubapa aku tu. Sesungguhnya apa yang aku harapkan, semoga ibubapa aku itu akan beroleh kebahagiaan dunia & akhirat. Percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku bahagia dengan hidup aku, keluarga aku, anak aku..dan kepada SUAMI ku..terima kasih diatas segalanya. Suami ku itukah boleh aku ibaratkan sebagai CAHAYA untuk diri ku & anak2 aku.

Jangan ingat kita tak pernah kecilkan hati ibubapa kita. Nampak tak nampak je, secara langsung @ tidak langsung. Kalau secara langsung, mungkin kita akan sedar cepat. Yang bahaya tidak langsung tu tanpa kita sedari. Makan hati dibuatnya. Mana mungkin kita akan mohon maaf kepada mereka. Sebab kita tak tahu apa yang tersirat dihati mereka. Aku juga nak ingatkan diri aku juga. Sebelum ini, syurga aku dibawah telapak kaki ibu ku. Kasih ibu sampai ke syurga. Kini syurga ku dibawah telapak kaki suami ku. Tak lupa juga buat ayah ku itu. Kepada mertua ku, aku juga sayang kalian. Tanpa kalian, tak mungkin akan ada suami ku itu. Terima kasih mak & abah.

Benda2 yang boleh dibawa bincang, kau tak mahu. Yang kau tahu segala tindak tanduk kau benar sama sekali bukan? Pernah dengar tak orang suruh kita pilih orang yang lebih pandai dari kita supaya kita pun akan pandai seperti mereka? Bukan sebaliknya. Tapi kau?

Dan terima kasih juga kepada kau sebab mendoakan aku KAYA. Aku kaya untuk anak2 aku. Bukan untuk kau pun. Seandainya aku tiada di dunia ini, moga anak2 aku tidak akan menyusahkan sesiapa terutama kau.

Aku lupa daratan? Taklah sampai macam Si Tanggang lupakan ibubapa dia. Ketahuilah bahawa aku sudah punya kehidupan/keluarga yang harus aku bentuk & warnai. Semua orang akan berbuat demikian apabila sudah punya keluarga sendiri. Pasti kau juga akan berbuat demikian.

Aku berdoa semoga kau akan berbahagia hendaknya.

L.o.g.o.f.f.

Thursday, April 8, 2010

:: Problemto?? ::

Today is my bro 26th birthday. Happy Birthday to you!! Umoq makin bertambah, moga2 cara berfikiran akan lebih matang. Pandai2lah membawa, menjaga diri. You are the ONLY son in our family. Eventhough I am the eldest, sometime I cannot handle/ manage all by myself. What I need from all of you - CO-OPERATION. Thats enough for me at this moment.

Actually, yesterday I received a called from him. That news not very good all. WH* *** kena tarik. Bayangkan betapa terperanjatnya I dapat berita yang kurang memberangsangkan. Tapi apakan daya, benda dah berlaku. Nak marah pun tak gunakan? Bukan boleh nak rewind semula kejadian tersebut.

Nak tak nak, kenalah cari duit untuk keluarkan WH* dari gudang simpanan. Terpaksalahkan..nak buat apa lagi. Dan kerana perkara ni, macam2 hal timbul. Maka timbullah kata2 yang boleh membuatkan badan binasa. Bak kata pepatah lama: " Kerana Mulut Badan Binasa " . Kata2 tersebut akan I ingat sampai bila2. Panggilan yang tak sepatutnya keluar dari mulut itu membuatkan I betul2 patah hati, terasa hati, jauh hati, berkerat rotan, apa lagi?? Itulah lumrah manusia yang mudah lupa. Bukan nak mengungkit, tapi kenanglah sikit pertolongan kecil yang telah diberikan sementara kamu boleh bernafas semasa mulakan hidup. Ikutkan sampai hari ini ada lagi hutang yang belum mampu diselesaikan, dah menongkat langit. Tak mahu pandang ke bawah langsung. Ingatlah, yang dunia ini bulat, sekarang kamu diatas, satu hari nanti kamu akan berada di bawah juga. Jangan pula masa tu tak ada sesiapa yang mahu beri pertolongan. Mungkin ada yang mampu untuk bagi pertolongan, akan buat2 tak mampu. Bukan nak menyumpah atau apa..tapi fikirlah orang pun ada hati & perasaan. Jangan ingat tindakan kamu itu semuanya betul.
" Eh, ko pegi google hosp ape ade kt pj? Budoh! Aku da suspect denggi kt klinik la setan! Eh, pegi jahanam la ko. Aku sakit pn sndri merangkak. Yg ko taw duit ko kuar. Mati dgn duit la ko!"
Pertanyaan berikan sebab kukuh knp boleh berada di hospital itu dibalas dengan jawapan sedemikan. Di area PJ tak ada hospital ek? Asunta, PPUM bukan hospital ke? Paling2 tak pun dia area Sunway tu. Entahlah.. Sampai ke saat ini I masih terasa lagi. Membuatkan selepas ni, apa2 hal berkaitan dengan beliau, I tak mahu ambil tahu lagi.

Pagi ni, pasal parents I pulak. Keadaan mata my Father yang tidak mengizinkan. Need to have an appointment with specialist to know his eyes condition. What can I do is..pray to him that everything will be fine. Simptom pertama kabur di malam hari telah berlaku 8 months ago. Sekarang ni, kabur di siang hari pulak. Dengan erti lain, my Father cannot drive anymore. Tunggang motosikal pun tak boleh. Sebab my Father dah mula langgar sana sini. His car also cannot used at this time.

"Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ayah ku. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuh dugaan Mu itu. Janganlah Kau merampas penglihatan dia. Kini untuk membaca surah Yassin pun dia dah tak mampu. Sekurang2nya dapatlah ayah ku itu membaca ayat suci al-Quran Mu itu. Amin..Amin Ya Rabballamin.."

Kerisauan my Father takut tak dapat melihat cucu dia amat2 membuatkan jiwa I tersentuh. Katanya..mungkin itulah yang pertama or mungkin yang tarakhir cucu yang bole dia lihat..Masih terngiang2 kata-katanya dan membuatkan airmata I akan tertumpah dengan mudahnya.

L.o.g.o.f.f.

Wednesday, April 7, 2010

:: Congratulation & Celebration ::

Hurmm..apa tajuk utk entry kali ni ye??
Entah..
Memula, nak wish congrats to my SIL for her engagement on 4 Apr 2010. Alhamdunillah segala tugasan yang diberikan telah dapat dilaksanakan. Walaupun tak seberapa yang pasti majlis berjalan dengan lancar. Dari persiapan hantaran ke pihak lelaki hinggalah persiapan diri my SIL (make-up) macam terror je bunyinya. TApi ala kadar lah ek. Tapi yang paling I tak tahan, cuaca yang amat panas. Tak tahan rasanya. Menitik2 peluh I, sampaikan make up pun hilang. Kepada my Hubby, TQ jagakan AA sepanjang hari. Mummy ada duty la sayang..bukan saja2 tak mahu jaga AA. Alhamdunillah AA pun berkelakuan yang Amat cemerlang sekali. Tak meragam pun. Well hari besar akan berlangsung lepas Hari Raya Aidilfitri tahun ni. InsyAllah..All the pics I akan upload later ye. Especially all the hantaran yang I buat tu..huhu.
Secondly, semalam (6 Apr 2010) 1st day AA ke nursery. Meaning that, AA will stay with me in SB. Risau jugak dengan AA ni..samada he can adapt himself. Boleh dikatakan setiap 2 jam I akan called penjaga AA, tak dapat called I sms. Alhamdunillah lega bila dengar AA sedang lena di ulit mimpi. Risau jugak takut AA tak mahu tidur. Makan pun tak tolak. Cuma masa we fetch him suara dia agak serak sikit. Macam banyak nangis je. Tak pe, for 2,3 days only kot untuk AA biasakan diri dia. Have to my dear..
Thirdly, next week My Hubby akan terbang semula ke KSA. Sekejap masa berlalu rasanya. Tak puas rasanya nak bermanja-manja dengan My Hubby. AA pun baru nak bermanja mesra dengan Babah dia. Actually semalam I baru mula kerja. Cuti seminggu untuk kami bertiga meluangkan masa. Tak pergi mana2 pun, just stay at our house.
L.o.g.o.f.f.