Tuesday, May 22, 2012

:: Rejab ::

Bulan Rejab telah menjelang tiba. Hari ini dah 1 Rejab..banyak kebaikan di bulan Rejab ni..samada kita mampu untuk melaksanakan atau tidak je. Setidak-tidaknya tak dapat buat semaksimun mungkin, sekurang-kurangnya buatlah sedikit dari tak ada langsung. Itu pun kalau kita mampu.
Rasullullah bersabda "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku". Sesiapa yang berpuasa dalam bulan inidengan penuh ikhlassemata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allahseperti yang telah disabdakan oleh Rasullullah S.A.W maksudnya:
  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari seksa diakhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka ia akan dikuncikan oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.
  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka ia akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikkan.
  8. Sesiapa yang berpuasa lebih  dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikkan Allah akan membalas dengan 10 kebajukan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikkan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasullulah S.A.W.

.l.o.g.o.f.f.