Saturday, January 28, 2012

:: Continues Positive Air Pressure ::

Last appointment di PPUM, Doc ada menyarankan AF tak perlu gunakan CPAP masa tidur malam. Malam tadi ke rumah aunt di Kajang, taklah bawa CPAP bersama-sama. Actually nak tengok macamana respond AF bila tidur tak guna CPAP tu. Hurmmm..nampaknya AF belum kuat lagi nak bernafas sendiri untuk 24 jam. Sampai je di rumah jam 2.30 pagi, terus pakaikan AF CPAP tu dan langsung dia tidur dengan nyenyaknya. Tak apalah...kalau nak dibandingkan sebelum ini, siang hari pun dia harus pakai (boleh off CPAP untuk 3-4 jam sehari) sekarang ni siang hari memang tak guna langsung. Masa tidur malam sahaja.



Ni lah pic CPAP AF..mesin & humidifier (letak air masak nk generate oksigen). Tubing & mask takde, tengah keringkan sebab basuh pagi tadi.


.l.o.g.o.f.f.

Tuesday, January 24, 2012

:: Pavlova ::


Ini percubaan yang pertama, buat semalam bersama-sama my BFF..manisan yang manis sangat-sangat. Tapi bila dimakan dengan buah-buahan yang masam, make it balance..InsyaAllah next trial, nak guna buah-buah fresh pulak seperti kiwi & berries dan juga nak upgrade bagi nampak PERFECT!

.l.o.g.o.f.f.

Monday, January 16, 2012

:: Its Over ::

Alhamdunillah final exam dah berakhir..wish for my luck pulak..dengan harapan tak de repeat paper nanti..mudah-mudahan..sekarang ni sedang mengusahakan untuk membuat video untuk Bahasa Arab pulak..sepatutnya dah kena submit, tapi atas sebab yang tertentu, kumpulan kami terpaksa membuat lakonan semula dan aku pulak kena meng'edit' semula tuk jadikan satu drama pendek..buat mana yang termampu tapi dalam masa yang sama cuba buat yang terbaik juga..sejak dari first paper dah overnite, dah macam terbiasa pula sekarang nak tidur di waktu-waktu begini..pernah tidur lepas subuh, bangun semula jam 8 pagi..plus minus dalam dua jam je tidur. Yang my Hubby pulak ingat I bangun semula jam 6 pagi untuk sambung study..oh tidak..tidur lps subuh my Dear..huhu..tapi Alhamdunillah, punyai kekuatan dengan tak rasa terlalu mengantuk, sakit kepala sebab tak cukup tidur dan sebagainya..rasanya, kalau tidur ikut masa, rasa macam lagi lesu badan-badan ni..tak apalah, janji punya kesihatan yang baik.Itupun sebab my lil AF woke me up..konon tengahari nak sambung tidur, dapat tidur pun dalam sejam jer..Tak apalah..apa yang penting..ku bahagia..

Rumah pun dah macam kapal karam..dengan habuk-habuk sana sini, kain baju yang belum berlipat adalah setinggi Gunung Angsi..semuanya nak buat dalam satu masa yang sama..adoiii ya...mana yang perlu du dahulukan, dahulukan..maka mana satu yang perlu didahulukan..waaa..kalu difikir-fikirkan mana satu nak kena buat, tak menjadi kerja-kerja yang sedia ada ni..esok lain cerita, lain kerja pula..huhu..inilah routine hidup saya. Lega sikit dalam sebulan ni tak ke class..lapang sikit kepala ni..tapi ada angan-angan lain..nak buat cakes. Resepi-resepi dah siap dalam fail, cuma belum terlaksana saja. Harap akan terbuat juga cakes, desert and so on yang dah diangan-angankan itu..insyaAllah..


Owh, hari ini juga ulang tahun kelahiran my Mom yang ke-54..Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Mak..Allah selamatkan kamu..
.l.o.g.o.f.f.

Friday, January 6, 2012

:: School & Final Exam Time ::

Hari ini hari ke 3 AA pergi sekolah..alhamdunillah, tak ada apa2 masalah dari segi nak bangun tidur atau nangis-nangis di tadika dia. Seronok sangat kot ada kawan..boleh main sama-sama..balik mesti ada 1 atau 2 cerita pasal skool dia..kawan yg tak de gigilah, yang tak pandai cakap lah..entah apa-apa lagi..tapi setiap kali nak ke skool mesti pesan ke mummy dia "jgn notty2 tau, duk umah baik2..amir g skool nnt amir balik..ok?".. ok kan aje lah..kepada anak mummy n babah, belajar baik-baik ya..moga ilmu yang dapat tu boleh dimanfaatkan untuk diri sendri dunia & akhirat. Amin.. :) sayang anak2 mummy n babah!!

My first paper QMT dah pun berlangsung on 4 January 2012..hurmm...don't know how to describe about that paper..just tawakal to Allah S.W.T & pray that i will pass..atleast can get B+ good enough for me..if not pass ok la... next paper Law on 15 January 2012..pun pray for the best!!

L.o.g.o.f.f.