Monday, June 28, 2010

:: Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah bergelar Ibu ::

Article ni I copy paste untuk tatapan kita semua. Actually I tertarik sangat dengan article ni, & mengingatkan I peranan I sendiri. Ya lah..kadang-kadang kita teralpa seketika. Enjoy!!!.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan,
ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.


L.o.g.o.f.f.

Thursday, June 24, 2010

:: Cacamarba ::

Hurmmm...almost 2 weeks I tak update blog.. lepas I mendaftarkan diri di UiTM on 13th June 2010, ngadap school holidays pulak. I taklah bercuti. Kerja as usual, memastikan diri ini boleh attend kerja, sihat2 sebab my opismate bergilir2 cuti. Time nilah mereka dapat bercuti bersama2 anak2 mereka. I belum join that club lagilah. AA pun tak sekolah lagikan, kalau dah sekolah, I pun akan bercuti bersama2. Btw, thank you very much to NFS, coz sudi meluangkan masa dia temankan I berkampung di UiTM. Sampaikan the next day, she took a leave. Bukan setakat temankan I je..dialah jadi 'pemandu' I. Ke sana ke mari, drive balik ke rumah I sebab my birth cert tak bawak. Kalau tidak, maka I kena register on 29th June 2010. Oh tidakkkk..

Semalam I on leave untuk settle kan a few thingy. Huhu..apa lagi my examption..lepas tu I terus drive balik ke Senawang. My mother not feeling well, takut AA berjangkit pulak. So, hari ni I berulang dari Seremban ke MV. Unfortunetly, pagi ni I batuk2 non stop. Sampaikan 1 Indian lady give me Hacks. Teruk bebenor bunyinya. Sampaikan keluar airmata I. Sampai je di MV batuk I pun da beransur kurang. Thanks to her. Pagi ni AA bangun jam 6 a.m. Biasalah dia, kalau mummy dia ada di rumah, mesti bangun awal pagi. Pagi ni my father sent me to Komuter Station, AA ikutlah. Dah sampai, nak ikut I pulak. Bila nak ambil dia, jawapannya "nanak". Pujuk dia sekian masa.

Well, lagi seminggu my dear Hubby akan sampai ke Malaysia. This time he will take 3 weeks leaves. Kali ni my Hubby balik, I will a bit busy. Sebab, kelas I bermula on 12 July 2010. So I only have a fews day to spent together each other. Hopefully everthing will be fine. Till then..

L.o.g.o.f.f.

Friday, June 11, 2010

:: Be Prepared!!! ::

Sekarang ni sedang berlangsung World Cup 1st match Afrika Selatan vs Mexico. Tak bole nak tengok sangat, sebab I sedang menyiapkan semua documents yang harus di bawa hari Ahad ni. Mata dah mengantuk pulak..adoiii..baju baru settle dibasuh. Esok I masih bekerja. Sebenarnya I agak berdebar-debar. Mujur my BFF akan temankan I hari Ahad ni. Sebab agak blurr seketika.

Kaki pulak sakit sebelah kiri. Actually, pagi ni I jatuh katil..huhu..kelakarkan..dah tua2 pun ley jatuh katil. Macam AA pulak. I dah terjaga jam 6 lebih pagi ni. Sebab I mimpi tak best. Terus I sms my Hubby. Cuba nasib je hantar sms. Tak lama lepas tu, my Hubby reply. I bagitau la mimpi I tu. My Hubby advise me, just forget it..nothing happen.. :( pastu I sambung tidur. Akibatnya........terlajaklah. Jam 7 I terjaga, tengok2 dah terang tanah. Itu yang terus terjun katil, langsung kebawah. Pipi I kena bucu drawer tepi katil. Aduh...sakitnya. Nasib baik tak kena mata I. Dalam masa yang sama, lutut I sambut lantai agak kuat jugalah. Sampai je di office, kaki dah lenguh2 sampai la sekarang ni.

Nak ke sekolah semula, macam2 perasaan pulak timbul. Boleh ke tidak I ni..Ya Allah di permudahkan segala urusan hamba Mu ini. Uwaaaa..sekarang ni I missed 2 person sooo much.. :( To my dear Hubby, rehat2 ye..he's not feeling well. Katanya badan dia sakit2. Mesti sebab Hubby I keje round the clock. Iyelah..end of this month he will back to Malaysia. As usual balik bercuti. Katanya apply cuti extra 1 week. Usually he will leave about 2 weeks + 1 week. Yeay!!!
Hopefully 3 of us can have a vacation together. Mana?? hurmmm..Freaser Hills kot.. we will see later ya.. Sorang lagi, of course my little prince..AA..miss u sayang..muahhhhhhhhssss..

Oklah, will be back on either on Sunday or Monday. Will update later. I'm sleepy already..Gud nite..Zzzzzzz


L.o.g.o.f.f.

Tuesday, June 8, 2010

:: Cinta Ini ::

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi
Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata
Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra
Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti
(Dato' Siti Nurhaliza)
L.o.g.o.f.f.

Thursday, June 3, 2010

:: New Status ::

Yesterday, about 8.35 p.m I received one SMS. From??? The SMS said "Tahniah. Anda tlh berjaya ditawarkan ke prgm Pengajian Luar Kampus. Sila layari website http://www.oneline.uitm.edu.my/plk/offerletter."

Syukur Alhamdunillah, akhirnya I berjaya menempatkan diri di UiTM. Hasrat yang dah lama terpendam, pernah apply semula tapi tidak berjaya. Selepas AA wujud dalam hidup I & my Hubby, I lupakan seketika. Tak pernah padam hasrat di hati. Dengan sokongan, doa & restu dari my family terutama my Hubby, my dear BFF yang selalu menyokong I dari belakang. Thank you very much kepada semua orang yang menyokong I. Harapan I, semoga I akan dapat menamatkan pengajian I nanti. Selepas ini bermulalah episode kehidupan dengan title baru - PELAJAR (dah tambah satu lagi status).

I akan mendaftarkan diri pada 13 June 2010 on Sunday from 8.00 a.m till 5.00 p.m. And my BFF will accompany me for a day. To my Hubby, doakan Ayang ek..

L.o.g.o.f.f.