Tuesday, May 1, 2012

:: Labor Day ::

As salam..
Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal hari buruh ni..Public Holiday 1Malaysia. Selain dari pengumuman dari PM gaji minimum untuk sektor swasta RM 900 bagi semenanjung & RM 800 bagi Sabah & Sarawak. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan May pun..sekejap masa berlalu. Maknanya tak lama lagi aku pun akan menghadapi final exam bagi semester ini. Terasa agak payah pulak nak catch-up subject semester ni terutama eHRM. Kekecohan subject BEL 492 baru settle..masing-masing mahu dengan lecturer yang ngajar aku ni..macam-macam hal..tapi aku tetap dengan lecturer ni..satu lagi, lecturer aku yang ngajar QMT khabarnya tak sihat. Masa cuti semester lepas dia warded agak lama. Mungkin sebab masalah hati yang dia alami. Apa pun aku doakan semoga beliau akan cepat sembuh dari sakitnya itu. Selepas exam lepas, aku belum berkesempatan nak jumpa beliau untuk ucapkan terima kasih.
Sabtu lepas, seorang lagi adik ipar aku kahwin.. kali ini aku agak sibuk denga persiapan makan beradab bersama-sama ipar duai dan aku juga jadi penganpit bidan terjun.Huh!! sungguh sibuk aku ni..huhu..syukur alhamdunillah anak-anak aku tak meragam masa hari kenduri lepas. AF dengan Babahnya, nasib baik dia nak tidur seperti biasa. Disebabkan aku sibuk (sikit je..) maka gambar masa kenduri pun tak ambil sangat. Bukan lupa tapi memang tak sempat..lepas pengantin bersanding & makan beradab, baru lega sikit..penat???Tak usah cakaplah..rasanya nak tidur masa tu juga..Apa-apa pun semuanya telah berakhir dengan baik sekali.  


~ this pic taken from Google Image ~

.l.o.g.o.f.f.