Monday, May 21, 2012

:: Cinta Hati [ Eps 3]

As salam..

Pejam celik pejam celik AA dah nak masuk 3 tahun 6 bulan ujung bulan ni..Alhamdunillah..anak ini tak lah banyak karenahnya..hanya karenah biasa-biasa saja..sibuk nak menulis, baca ABC, 123, dan Alif Ba Ta yang tunggang terbalik..tak apalah..tunggang terbalik pun tak apa..asalkan ada perkembangan yang positive. Dalam ada anak orang yang menunjukkan prestasi keputusan straight 'A' dalam pelajaran mereka..adakala tersentuh juga hati ini..ialah..AA belum lagi menunjukkan keputusan sebegitu. Tapi hati ibu ini tetap mendoakan semoga AA akan terang hati dalam menimba ilmu dunia dan akhirat.

Setakat ini, AA bolehlah bertutur beberapa patah perkataan in English..'up and down' masa dia nak menulis, 'i want some more' kalau nak minta tambah makanan dia, thank you, good nite, good morning, i love you..dah tak ingat nak senaraikan. Dia juga dah boleh baca doa makan, apa jua yang dia nak buat mesti nak baca doa - tidur, mandi, dalam kereta..tapi doa makan di bacanya.. :) Rasa syukur sangat sebab AA pun tak banyak ragam nak minta sesuatu benda. Dikala ada anak orang yang menangis sehendak-hendaknya sebab nak mainan sehingga dapat, AA tak la pulak sebegitu. Sama juga demikain kalau dia kata nak KFC & MacD ke. Bukan tak mahu dibelikan untuk dia, tapi nak ajar sikap bersabar..kalau tak dapat masa tu..lama-lama nanti akan dapatlah juga. Semua ajaran ni telah diajar oleh mak. Semasa AA baby lagi, mak dah pesan siap-siap. Alhamdunillah berkat ikut pesanan mak, hasilnya sangat menakjubkan. Kalau nak belikan permainan, belikan tanpa dia..tau-tau bawakan balik mainan untuk dia. My Hubby pun practice buat macam tu..tau-tau belikan dia mainan dan bawa balik ke rumah. Sesekali bawa AA makan dia luar. Nak ajar dia tatatertib makan diluar macamana. Pada awalnya memanglah macam orang 'jakun'..tapi lama-lama akan biasalah dia nanti. Sekarang ni pun AA nak mandi sendiri, gosok gigi sendiri bahkan nak cebuk pun buat sendiri. Walau biarkan dia buat semua benda tu sendiri, kena perhatikan juga dan ajar kalau ada yang tertinggal. Kiranya..dah boleh buat sendiri..cuma kena banyak perhatikan saja. Bukan apa...kalau buat sendiri..boleh main air juga..sambil menyelam minum air kiranya..

Dalam menddidk anak-anak ni banyak cabarannya, lagi-lagi sekarang ni bak kata orang dunia tanpa sempadan. Sebagai contoh: my hand phone pun tak mahir guna lagi, AA lagi pandai guna, nak main games semua dia yang tahu. Mummy pula yang kena belajar dengan AA..huhu..sekarang ni, tengah memikirkan apa activity yang sesuai untuk AA yang ada disekitar rumah ni. Samada horse riding, swimming atau pun tennis..tengok pada keadaan dan persetujuan BIG BOSS dulu.

.l.o.g.o.f.f.

No comments: