Friday, February 10, 2012

:: Permata Hati [Eps 5] ::

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari 2012..AF pun dah 9 bulan..tak lama lagi dah setahun..terasa masa begitu cepat berlalu, masa terlalu cemburui kita..mungkin sebab terlalu sibuk melayan anak-anak dan rumah tangga sehingga terasa masa begitu cepat berlalu..mana tidaknya,.dengan follow-up AF di 2 hospital - PPUM & HSB. HSB saja refer dengan 3 clinics. Pernah satu hari follow-up dengan 2 clinics, berlari2 juga dibuatnya. Ingatkan pergi 2 clinics yang berbeza pada hari yang sama akan memudahkan kerja..tapi sebaliknya..nak kejar no. giliran.,pening-pening. Maka sejak hari tu, ambil satu appointment saja. Dah tak mahu ambil 2 appointment dalam hari yang sama. Alhamdunillah AF semakin sihat nampaknya. Last appointment dengan Peads, Doc dah suruh ajar AF makan secara oral. Ini kerana AF semakin membesar dah harus support dengan solid food. Selepas berjumpa dengan Doc, dah cuba bagi AF makan, alhamdunillah dia menunjukkan perkembangan yang positif. Hati ibu mana yang tidak suka bila si anak menunjukkan perkembangan yang baik. Walau pada awalnya, tak banyak makan, tapi sekurang-kurangnya pada ibu ini dah besar rahmat. Sehingga semalan kiranya AF dah boleh makan. Sekarang ini, tugasan mencari menu yang bersesuaian untuk AF makan. 

Buat masa ni, hanya bagi AF mkn bubur nasi yang dicampur samaada dengan carrot, pumpkin, bayam merah dll dulu..Memandangkan AF ni alergik dengan cows milk, maka segala makanan yg ada dipasaran seperti biskut, Neslec, puree taklah dbeli. Doc pun dah suruh berhati-hati untuk elakkan AF diarrhea. Tak apalah, ada rahmatnya kenapa mummy tak berkerja lagi selain menjadi surirumah sepenuh masa, ini masanya nak bagi yang terbaik buat anak-anak baik AA atau AF. Tak lupa juga buat Mr. Hubby.

Owh, ya pada 8hb, appiontment AF dengan ENT. Kali ni kali yang ke-3 AF buat audiology test. Kiranya minggu lepas AF berjaya juga buat test tu. In kerana test tu harus dibuat masa tidur. Sebelum sampai ke HSB AF dah tidur, maka terus je minta buat test tu dengan kadar segera sebelum AF bangun. Tengah-tengah pasang all those wayar-wayar ni, tiba-tiba AF bangun. Takkan dia tidur semulalah jawabnya. Kalau nak tidur semula lagi 1 1/2 jam ke 2 jam lagilah baru dia tidur semula. Doc dah reschedule untuk buat test tu..alahai..letihnay nak ulang buat benda yang sama. Puas cuba tidurkan AF, tapi macam tahu-tahu je yang dia nak kena buat test. Masa AF dah mamai, cepat-cepat suruh Doc pasang wayar-wayar dulu, bila dah lelap baru ambung ke komputer. Berjaya juga akhirnya. 
Keputusannya??? Berdasarkan pada test yang dibuat, AF didapati mengalami masalah pendengaran tahap teruk. Masalah pendengaran ada 4 tahap: 1) Ringan 2) Serdehana 3) Teruk 4) Sangat teruk. Dua bulan yang lepas masa buat test (test yang lain method) AF didapati mengalami masalah pendengaran tahap serdahana. Tahap serdahana boleh ke normal. Masa diberi penerangan tentang masalah AF ni, hanya mampu mendengar apa yang diperkatakan. Apa yang masuk dalam kepala ni, AF akan dipantau sehingga berumur 5tahun, kalau betul ada masalah pendengaran mungkin AF kena guna alat bantuan pendengaran. Buat masa ni ada beberapa perkara perlu dibuat untuk pantau pendengaran AF. Sekiranya benar, akan ada masalah komunikasi buat AF yang mana AF tak dapat mendengar apa yang diperkatakan. Untuk AF berkomunikasi agak payah. Maka kenalah cakap satu-satu kepada AF supaya dia faham apa yang diperkatakan. 

Hati ibu mana yang tak sayu bila mendengar semua ini. Hati menjadi hiba bila kenangkankan nasib anak kecil ini. Rasa kasihan yang amat sangat..tak tahu nak ungkap macmana. Bila dikenangkan semula apa yang diperkatakan oleh Doc, akan pasti menitik air mata Mummy sayang..Tapi bila AF bagi respond bila di agah-agah, rasa seronk sangat. Tengoklah macamana pada masa akan datang. Apa yang dapat diharapkan semoga AF akan sihat walafiat. Semoga Allah akan beri kekuatan, kesabaran yang amat tinggi pada kami sekeluarga bagi menempuh dugaan dariNya. Sesungguhnya Ya Allah, aku terima semua ini dengan hati yang redha dan aku pasrah kepadaMu dengan amanah yan telah Engkau pinjamkan ini. Engkau juga limpahkanlah rezeki kepada kami sekeluarga, dan berikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ku, suami ku yang mencari rezeki dan kepada ku unuk mendidik, mengasuh amanah Mu ini Ya Allah.Amin.

.L.o.g.o.f.f.

No comments: