Tuesday, February 28, 2012

Permata Hati [Eps 6]

Pada 22 Feb ada appointment AF dengan speech therapy-ENT Clinics. Nama je speech therapy, tapi tujuannya untuk doc review samada AF dah boleh bagi makan atau minum secara oral (guna mulut). Saranan dari doc peads, sebab katanya AF dah 9 bulan, sepatutnya AF dah kena makan solid food. Tapi pada hari tu, dari soal siasat yang dijalankan oleh doc kepada mumy nya, apa yang dapat doc putuskan, AF belum boleh lagi feed secara oral lagi. Ini kerana apa sahaja yang disuapkan ke AF akan masuk ke paru-paru. Tanda-tanda yang makanan or susu ke paru-paru, setiap kali suapkan AF pasti akan batuk. Maka, untuk selamatkan keadaan yang mana AF tak boleh feed secara oral, doc sarankan supaya AF minum susu melalui NG tiub. Apa yang doc bagitahu ialah, memanglah boleh feed AF secara oral, tetapi priority mereka ialah nyawa. Kalau boleh diselamatkan maka itu keutamaan mereka. As a mom, I respect their opinion and followed what ever they have suggested to me to stimulate AF tongue. Thats first part.

Second part, dah alang-alang ke ENT Clinics, tukar sekali NG tiub AF. Tiub kena tukar setiap 2 minggu. Kalau tak silap, hanya AF saja yg akan tukar tiub di Peads tu. Sampaikan all the Staff Nurse dah kenal dan tahu kalau nampak muka mumy ni, mesti datang nak tukar tiub. Prosess tukar tiub ni kalau AF tak meragam sangat sekejap sahaja. Tapi kalau AF meragam/ mengamuk maka akan amibil masa sedikit yang mana, tiub takkan masuk ke dalam perut AF. Dan juga bukan semua staff nurse boleh buat. Ikutkan procedure, ibu tak dibenarkan masuk untuk tengok proses-proses tersebut. Tapi memandangkan mungkin dah biasa dengan proses tersebut, maka staff nurse izinkan untuk bersama-sama. Apa jua kemungkinan terjadi juga telah sedia maklum, seperti tiub boleh masuk ke paru-paru, berdarah ke..sebab ia akan terjadi. Sedang masukkan tiub, masa tu tengah pegang AF, tiba-tiba nampak muka AF merah yang amat sangat. Hairan juga kenapa dia menahan sedemikian rupa..bila tiub dah masuk buat test dengan air, rupa-rupanya ke paru-paru. Mungkin AF menahan sakit yang amat sangat sampai mukanya merah padam. Lepas tiub dikeluarkan semula, barulah AF menangis. Masa menangis, airmatanya kelihatan bercampur dengan darah. Terus laplah airmata dia sambil bagitahu kepada staff nurse. Memandangkan mereka tak nampak airmata tu, maka seorang nurse ni perhatikan airmata AF kot-kot keluar lagi. Bila dah nampak, langsung called doc tanyakan apa perlu dibuat. Dari pepnjelasan doc, ianya terjadi mungkin kerana semasa AF menahan, pressure yang dia bagi terlalu kuat yang mana membuatkan pembuluh darah disekeliling mata pecah dan ianya juga tak ada side effect. Takut juga kalau-kalau ada side effect. Masa kejadian risau juga, manalah tahu akan dapat benda yang lain pula. Tapi bila doc kata tak ada apa-apa, lega juga hati ni. Bila teringat kembali kenapa nurse tak bagi ibu-ibu tengok kalau nak ambil darah ke, atau apa saja procedure yang nak dibuat, baru faham kenapa.  Bila di rumah, kalau teringat kembali peristiwa itu, sayu hati ini. Betapa anak ini menahan kesakitan walaupun hanya tuka tiub. Kalaulah rasa sakit itu boleh transfer ke mumy, biarlah mumy yang rasa sakit itu. Terasa betapa kuatnya anak kecil ini. Hati ini kembali tersenyum bila kala melihat AF boleh tersenyum dan ketawa. Perasaan emo ni terbawa-bawa sampi sms ke my BFF. Rasanya, kalau tak diluahkan, rasa berbuku dalam hati. Sorry lah Ummi, buat ummi risau masa tu.

Third part, hari yang sama result exam keluar. Rasa debar nak tahu result memuncak-muncak. Setibanya di rumah terus minta hp hubby, nak tengok result secepat yang mungkin. Alhamdunillah result diluar jangkaan, rasanya macam mimpi je bila tengok. For the next sem, rasa semangat pula..kalau ada rezeki nak lagi dapat result macam tu. Dalan kata lain, kena maintain..

.l.o.g.o.f.f.

No comments: