Saturday, January 28, 2012

:: Continues Positive Air Pressure ::

Last appointment di PPUM, Doc ada menyarankan AF tak perlu gunakan CPAP masa tidur malam. Malam tadi ke rumah aunt di Kajang, taklah bawa CPAP bersama-sama. Actually nak tengok macamana respond AF bila tidur tak guna CPAP tu. Hurmmm..nampaknya AF belum kuat lagi nak bernafas sendiri untuk 24 jam. Sampai je di rumah jam 2.30 pagi, terus pakaikan AF CPAP tu dan langsung dia tidur dengan nyenyaknya. Tak apalah...kalau nak dibandingkan sebelum ini, siang hari pun dia harus pakai (boleh off CPAP untuk 3-4 jam sehari) sekarang ni siang hari memang tak guna langsung. Masa tidur malam sahaja.



Ni lah pic CPAP AF..mesin & humidifier (letak air masak nk generate oksigen). Tubing & mask takde, tengah keringkan sebab basuh pagi tadi.


.l.o.g.o.f.f.

No comments: