Tuesday, August 16, 2011

:: Permata Hati [Eps 3]

Salam...

Berbalik pada saat aku di labor room..setelah kurang dari setengah jam aku melahirkan AF aku telah didatangi oleh seorang doktor. Beliau telah memperkenalkan diri sebagai Doktor Puteri - Dr. Tengku Puteri Zainab namanya. Seorang doktor pakar kanak-kanak. Beliau telah memaklumkan bahawa anak yang aku lahirkan mempunyai ciri-ciri 'Down Syndrome'. Boleh bayangkan tak perasaan aku pada masa itu??...suatu perasaan yang tidak dapat dibayangkan..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya..semuanya telah termaktub di loh mahfuz aku dan Hubby dikurniakan anak istimewa. Hanya titisan air mata saja mampu aku lakukan pada masa itu.Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan sebenarnya.

Demi tuhan aku sememangnya tidak dapat untuk menerima hakikat yang anak aku itu DS. Setiap ibu yang mengandungkan anaknya pasti mengharapkan kesempurnaan saat baby dilahirkan..Sehingga aku discharge dari hospital dan balik ke rumah orang tua aku, aku masih tak dapat terima semuanya..aku tak punya kekuatan untuk semua ini..sehinggakan untuk memegang AF pun keberatan..aku hanya menyusukan AF, sebab tak mahu dia lapar saja..entahlah..aku pun tak tahu apa yang aku buat ni..

Aku telah bawa AF jumpa doctor sebab demam kuning..doktor ada menanyakan aku 'ada tak doktor di hospital mengatakan anak aku itu ada MASALAH atau tak?' Masalah ke anak aku tu??? Itu yang membuatkan aku sedih sangat2. Anak itu bukan MASALAH pun..dia tak berdosa apa pun. Apalah yang dia tahu..lagipun bukan itu yang dia pinta, mungkin AF pun mahu seperti anak-anak lain. Tak apalah..aku percaya setiap anak-anak yang dilahirkan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting kami akan mendidik anak-anak kami dengan sebaik mungkin baik AA atau AF.InsyaAllah..apa yang aku mohon, aku punyai kekuatan, ketabahan, kesabaran yang teramat tinggi untuk mengharungi perjalanan hidup.Semoga aku & Hubby dapat melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaiknya.

Alhamdunillah, aku punya sokongan bukan saja dari Hubby aku, tapi adik-adikku juga. Pada awalnya aku juga takut juga nak menghadapi semua ni..hadapai pandangan orang, mata-mata orang, kata-kata orang dan lain-lain. Tapi sekarang ni, aku tak ambil peduli apa orang nak cakap pasal AF, nak kata apa, katalah..Syukur Alhamdunillah sejak kehadiran AF rezeki Hubby aku makin bertambah-tambah. Semakin hari semakin aku jatuh sayang,kasih yang tak terhingga kepada anak ini. Untuk anak-anakku...mummy & babah sayang kalian dunia akhirat.

.L.o.g.o.f.f.

No comments: