Sunday, August 14, 2011

:: Permata Hati [Eps 2]

Salam..

Hurmmmm...masih berkenaan AF lagi..seminggu selepas dilahirkan, AF dimasukkan ke NICU, Hospital Sg.Buloh sebab jaundis (demam kuning). Bacaan bilirium dia pada masa tu dalam 400 lebih..hanya tuhan yang tahu betapa risaunya aku mengenangkan keadaan AF yang terlalu kecil itu. AF di letakkan bawah lampu (photo) bukan 1, malah 4 lampu..betapa panasnya aku rasa. Aku yang duduk sebelah dia pun terasa bahang. Alhamdunillah, AF tak banyak ragam..hanya tidur saja..ikutkan asik tidur saje pun tak berapa elok..sekurang-kurangnya kena nangis sikit bagi exercise paru-paru tuh..pada malam tu doctor minta darah aku pula..aku bertanya untuk apa..katanya untuk cross match darah aku dgn AF. Katanya lagi seandainya bilirium AF naik sehingga 500..AF kena tuka darah..Subhanallah...aku terus menelefon Hubby dan menceritakan apa yang akan terjadi pada AF. Hubby ku sebolehnya tak mahu sampai tahap kena tukar darah..syukur Alhamdunillah dalam masa dua hari bilirium AF turun dengan agak mendadak..dan AF boleh discharge dari hospital..

Selepas urusan discharge dari hospital selesai, kami pulang ke Senawang untuk aku berpantang di sana. Keesokkan harinya barulah dapat aku berurut. Sakit-sakit badan tak usah di cakap macamana..rasa nak tanggal semua sendi2 badan ni..selepas ini aku perlu berulang ke HSB untuk follow up check up AF..dengan Clinics Peads, Eyes, ENT dan ECHO di Hospital Serdang. Alhamdunillah kesemua follow up telah aku jalani, kecuali ENT pada bulan September ni.

Setelah sebulan berpantang, aku telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah aku di SB. Memandangkan ada beberapa follow up yang tarikhnya berdekatan, membuatkan aku berasa sangat keletihan nak berulang alik dari Senawang ke HSB. Yang membuatkan aku terasa keletihan adalah sebab menunggu yang agak panjang masanya..al maklumlah..bukan hospital swasta..jadi baki 14 hari untuk aku berpantang, aku habiskan di rumah aku sendiri bersama-sama anak-anak dan suami ku..Di rumah pun bukan buat apa pun..makan tidur jugak, tengok tv, mandikan anak2..sama kalau aku stay di Senawang.



.L.o.g.o.f.f.

No comments: