Saturday, December 31, 2011

:: 2011 ::

2011 bakal meninggalkan kita semua. Apa yang telah berlaku samada pahit atau manis akan menjadi kenangan/pengalaman/pengajaran/sejarah atau apa sahaja dalam hidup kita. Bagi diri ini begitu juga, ada yg manis, pahit maung semuanya didalam acuan 2011.

Hurmmm..2011, aku telah menerima cahaya mata yang kedua pada awal May..kelahiran yang ditunggu-tunggu, awal dari jangkaan doctor. Kelahiran anak ku yang kedua ini juga telah membuatkan aku tak dapat menduduki peperiksaan akhir bagi subject QMT & HRM yang mana aku terpaksa attend class semula. Tiada kekesalan wujud dihati ini walau padanya agak kecewa juga. Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kehadiran anak ku yang kedua juga merupakan anugerah yang tak terhingga buat diri ini. Walaupun cuba menafikan segala-galanya diawal kelahirannya, akhirnya aku dapat menerima dengan redha. Rupa2nya ada hikmah disebaliknya amanah yang Allah bagi pada kami suami isteri. Mungkin ada kekurangan di dalam diri ini, untuk menambahbaikkan diri aku ini maka Allah kirimkan AF kepada ku. Segala-galanya bermula bila AF admitted di hospital lebih sebulan. Dari situ aku tahu bagaimana nak menghargai kehadirannya.

Pada awalnya, aku agak malu untuk berdepan dengan semua orang. Pertanyaan di benak kepala ini, adakah orang-orang disekeliling aku akan menerima anak itu dengan sebaik mungkin?..apa yang bermain2 di fikiran mereka??Sekarang aku tak memperdulikan apa yang orang sekeliling akan cakap..cakaplah selagi boleh cakap..katalah selagi boleh berkata..yang aku tahu, kami empat beranak bahagia dengan kehidupan kami. Kami akan laluinya dengan penuh kasih sayang dunia & akhirat hanya kerana Allah S.W.T. Ternyata, aku terasa kelapangan di kepala ini. Walaupun diri ini tak lagi bekerja, tapi masih lagi menuntut di UiTM. Alhamdunillah tak terasa berat untuk belajar, malah makin dipermudahkan untuk menerima ilmu yang disampaikan. Banyak benda yang diri ini belajar..segala-galanya. Apa yang diri ini boleh buat, berdoa kepadaNya semoga akan kuat dan sabar menempuh dugaan dan rintangan, supaya tak berputus asa dan yakin kepadaNya. Itulah kekuatan diri ini selain dari sokongan dari suami ku, AA, keluarga terdekat dan tak lupa kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.

Pernah, salah seorang classmate ku bertanya, "tak penat ke?" memandangkan dia tahu keadaan AF bagaimana..yang memerlukan perhatian yang amat sangat dan tak boleh leka, walau waktu tidur malam..hanya dapat di jawab oleh ku "entah"..mungkin Allah telah makbulkan permintaan aku supaya di pinjamkan sedikit kekuatan dan kesabaran dari Nabi junjungan kita untuk menempuh semua ini..alhamdunillah..semoga ianya akan berkekalan sehingga nafas ini.

Selamat Datang 2012..semoga tahun ini rezeki kami sekeluarga akan bertambah, bertambah keimanan & ketaqwaan kepadaNya, dilindungi dari panahan syaitan & semoga ikatan kekeluargaan kami akan bertambah erat dan berkekalan, diberikan kesihatan yang baik kepada suamiku terutamanya dan kepada ku serta anak-anak. Tahun 2012 juga AA akan memulakan persekolahan. Semoga akan terang hati menerima ilmu pengetahuan dan menjadi anak yang soleh dunia & akhirat. Amin...

.L.o.g.o.f.f.