Thursday, April 8, 2010

:: Problemto?? ::

Today is my bro 26th birthday. Happy Birthday to you!! Umoq makin bertambah, moga2 cara berfikiran akan lebih matang. Pandai2lah membawa, menjaga diri. You are the ONLY son in our family. Eventhough I am the eldest, sometime I cannot handle/ manage all by myself. What I need from all of you - CO-OPERATION. Thats enough for me at this moment.

Actually, yesterday I received a called from him. That news not very good all. WH* *** kena tarik. Bayangkan betapa terperanjatnya I dapat berita yang kurang memberangsangkan. Tapi apakan daya, benda dah berlaku. Nak marah pun tak gunakan? Bukan boleh nak rewind semula kejadian tersebut.

Nak tak nak, kenalah cari duit untuk keluarkan WH* dari gudang simpanan. Terpaksalahkan..nak buat apa lagi. Dan kerana perkara ni, macam2 hal timbul. Maka timbullah kata2 yang boleh membuatkan badan binasa. Bak kata pepatah lama: " Kerana Mulut Badan Binasa " . Kata2 tersebut akan I ingat sampai bila2. Panggilan yang tak sepatutnya keluar dari mulut itu membuatkan I betul2 patah hati, terasa hati, jauh hati, berkerat rotan, apa lagi?? Itulah lumrah manusia yang mudah lupa. Bukan nak mengungkit, tapi kenanglah sikit pertolongan kecil yang telah diberikan sementara kamu boleh bernafas semasa mulakan hidup. Ikutkan sampai hari ini ada lagi hutang yang belum mampu diselesaikan, dah menongkat langit. Tak mahu pandang ke bawah langsung. Ingatlah, yang dunia ini bulat, sekarang kamu diatas, satu hari nanti kamu akan berada di bawah juga. Jangan pula masa tu tak ada sesiapa yang mahu beri pertolongan. Mungkin ada yang mampu untuk bagi pertolongan, akan buat2 tak mampu. Bukan nak menyumpah atau apa..tapi fikirlah orang pun ada hati & perasaan. Jangan ingat tindakan kamu itu semuanya betul.
" Eh, ko pegi google hosp ape ade kt pj? Budoh! Aku da suspect denggi kt klinik la setan! Eh, pegi jahanam la ko. Aku sakit pn sndri merangkak. Yg ko taw duit ko kuar. Mati dgn duit la ko!"
Pertanyaan berikan sebab kukuh knp boleh berada di hospital itu dibalas dengan jawapan sedemikan. Di area PJ tak ada hospital ek? Asunta, PPUM bukan hospital ke? Paling2 tak pun dia area Sunway tu. Entahlah.. Sampai ke saat ini I masih terasa lagi. Membuatkan selepas ni, apa2 hal berkaitan dengan beliau, I tak mahu ambil tahu lagi.

Pagi ni, pasal parents I pulak. Keadaan mata my Father yang tidak mengizinkan. Need to have an appointment with specialist to know his eyes condition. What can I do is..pray to him that everything will be fine. Simptom pertama kabur di malam hari telah berlaku 8 months ago. Sekarang ni, kabur di siang hari pulak. Dengan erti lain, my Father cannot drive anymore. Tunggang motosikal pun tak boleh. Sebab my Father dah mula langgar sana sini. His car also cannot used at this time.

"Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ayah ku. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuh dugaan Mu itu. Janganlah Kau merampas penglihatan dia. Kini untuk membaca surah Yassin pun dia dah tak mampu. Sekurang2nya dapatlah ayah ku itu membaca ayat suci al-Quran Mu itu. Amin..Amin Ya Rabballamin.."

Kerisauan my Father takut tak dapat melihat cucu dia amat2 membuatkan jiwa I tersentuh. Katanya..mungkin itulah yang pertama or mungkin yang tarakhir cucu yang bole dia lihat..Masih terngiang2 kata-katanya dan membuatkan airmata I akan tertumpah dengan mudahnya.

L.o.g.o.f.f.

2 comments:

Unknown said...

aduhai.. pedihnya..
hang on ekk!

RadenAnum said...

insyaAllah..demi parents ku, rumah tangga ku..akan aku bertahan..