Wednesday, April 14, 2010

:: Ku Tahu ::

Ku tahu apa yang telah kau perkatakan..walau tidak secara direct. Tapi kenapa tak cakap terus pada aku sahaja. Buat apa lontar batu, tapi sorokkan tangan tu. Jangan lupa,semasa kau lontar batu tu, mungkin ada orang nampak perbuatan kau itu walaupun aku tidak tahu. Dan bukankah cara kau itu sebagai seorang yang pengecut?? Kalau nak kita berdepan - face to face.

"..terlalu ego org lain jd mangse.. kesian ank kecil itu.... moral: ibu bapa harus dihormati walaupun anda kaya!!!"
"..manusia mudah lupe daratan...parents pon kecil ht~ kesian.."
Untuk statement yang pertama tu, siapa yang tak ego?? Cakap? Semua orang ada tahap keegoan masing2. Terpulang macamana nak handle. Tapi kalau dah terlalu emo.. tak tau nk kata apa. Fikir sendiri untuk kebaikan sendiri. Tak perlu kesiankan anak kecil itu..sbb dia masih ada ibubapa yang melahirkan dia, menyara, mendidik. Kau tu tak tahu apa perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Yang kau tahu, layan kepala batu kau tu je, kata hati yang kononya betullah tu. Nak suruh orang hormati ibu bapa? Diri sendiri hormat ke dengan ibubapa dia? Dah ibubapa tak restu, kenapa masih nak teruskan? Kenapa dibantah dengan pilihan kau tu? Aku tahu jawapanya. Dan disebabkan itu, kini aku memperolehi kebahagian, kegembiraan. Nikmat yang tidak terhingga rasanya. Tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kepada ibubapa aku tu. Sesungguhnya apa yang aku harapkan, semoga ibubapa aku itu akan beroleh kebahagiaan dunia & akhirat. Percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku bahagia dengan hidup aku, keluarga aku, anak aku..dan kepada SUAMI ku..terima kasih diatas segalanya. Suami ku itukah boleh aku ibaratkan sebagai CAHAYA untuk diri ku & anak2 aku.

Jangan ingat kita tak pernah kecilkan hati ibubapa kita. Nampak tak nampak je, secara langsung @ tidak langsung. Kalau secara langsung, mungkin kita akan sedar cepat. Yang bahaya tidak langsung tu tanpa kita sedari. Makan hati dibuatnya. Mana mungkin kita akan mohon maaf kepada mereka. Sebab kita tak tahu apa yang tersirat dihati mereka. Aku juga nak ingatkan diri aku juga. Sebelum ini, syurga aku dibawah telapak kaki ibu ku. Kasih ibu sampai ke syurga. Kini syurga ku dibawah telapak kaki suami ku. Tak lupa juga buat ayah ku itu. Kepada mertua ku, aku juga sayang kalian. Tanpa kalian, tak mungkin akan ada suami ku itu. Terima kasih mak & abah.

Benda2 yang boleh dibawa bincang, kau tak mahu. Yang kau tahu segala tindak tanduk kau benar sama sekali bukan? Pernah dengar tak orang suruh kita pilih orang yang lebih pandai dari kita supaya kita pun akan pandai seperti mereka? Bukan sebaliknya. Tapi kau?

Dan terima kasih juga kepada kau sebab mendoakan aku KAYA. Aku kaya untuk anak2 aku. Bukan untuk kau pun. Seandainya aku tiada di dunia ini, moga anak2 aku tidak akan menyusahkan sesiapa terutama kau.

Aku lupa daratan? Taklah sampai macam Si Tanggang lupakan ibubapa dia. Ketahuilah bahawa aku sudah punya kehidupan/keluarga yang harus aku bentuk & warnai. Semua orang akan berbuat demikian apabila sudah punya keluarga sendiri. Pasti kau juga akan berbuat demikian.

Aku berdoa semoga kau akan berbahagia hendaknya.

L.o.g.o.f.f.

No comments: