Monday, March 1, 2010

:: Terhiris, Terguris, Terasa, Terasing ::

Inilah perasaan yang aku rasai hari ni. Ya..sangat-sangat TER. Pada mulanya, perut memang lapar yang amat sangat, pabila ke semua TER bercampur baur, kenyang sekenyang kenyangnya. Tak tau nak gambarkan macamana perasaan hari ni. Apa yang bole aku lakukan hanya sibukkan diri dengan kerja-kerja yang ada sahaja. Untuk mengelakkan dari diri ini memikirkan benda yang bukan-bukan. Tapi tak boleh nak dielakkan, asal aku teringat kembali apa yang terjadi, air mata dah bergenang, bertakung di bibir mata. Cuma tak melimpah je lagi. Kalau bole aku tersenyum, aku cuba lakukan sebab tak mahu ada yang perasan perubahan emosi aku waktu itu.

Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang ni. Buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian. Telah aku cuba lakukan untuk jadi yang terbaik, tapi??..aku sendiri tak ada jawapan.Mungkin belum capai tahap yang di kehendaki kot.. Apa yang pasti aku hanyalah wanita biasa yang serba kekurangan. Untuk menjadi sempurna, bukanlah mudah. Banyak perkara yang harus dilalui, dipelajari dll berikanlah kesempatan untuk aku lalukan dengan perlahan-lahan.

Hujan malam ni..mungkin hujan rahmat. Ya Allah Ya Tuhan ku, kuatkan semangat hamba mu ini, tabahkan hati ku ini, berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi untuk menempuh liku-liku perjalanan hidup di dunia ni seperti Saiditina Khatidah. Mampukah aku sekuat, sesabar, tabah seperti Saiditina Khadijah?..Jangankan nak seperti Saiditina Khadijah, nak sekuat, setabah seperti Sumayyah pun pun belum tentu aku mampu lakukan. Baru ada sedikit dugaan menimpa, atau diuji..air mata aku dah selebat hujan malam ni.

Disinilah tempat aku nak melepaskan rasa, moga-moga pagi aku akan beroleh ketenangan dan boleh melupaka apa yang berlaku hari ni. Kalau boleh aku tak mahu apa yang aku rasa hari ini berlanjutan. Aku tak mahu perasaan aku terpendam lama dan menjadi kudis. Aku tak mahu orang lain yang akan menerima akibat untuk aku lepaskan yang terbuku dalam hati ni. Dia tidak mengerti apa=apa pun.

Kalau ada yang sudi membaca & tak paham apa yang aku tulis ni, tak apa... bukan untuk difahami pun.

L.o.g.o.f.f.

No comments: