Tuesday, March 2, 2010

:: Hurmmmm~ ::

Hari ni da ok skit dari malam tadi. Cuma pening skit, sebab dua kali terjaga ingatkan dah terlajak tido. Yang kali ke dua tu, sedar-sedar da jam 5 lebih. Apa lagi terus bangun & iron baju. Tu pun ada hati nak sambung tido lagi. Hehe..buatnya terbabas, naya jer. Hari ni komuter sampai lambat. Selalu dah ada menanti passenger, hari ni lagi beberapa minit nak gerak baru sampai. Tak kisahlah, asalkan dapat duduk dan sambung Zzzzz sementara sampai ke MV. Tapi yang pasti agak lena tidor ku selepas Labu, tau-tau da sampai UKM. Lepas tu tido-tido ayam je. Tu yang buat bertambah pening lagi. Turun dari train, dok fikir mau santap apa pagi ni?..

Pagi ni makan Nasi Kerabu lauk daging goreng je, pastu ada sambal tempe di pantry..makan dengan senang hati dan menikmatinya.

Owh ya..tidak sabar rasanya menanti kepulangan my dear Hubby from Mekah end of this month. Kiranya, menghitung hari..akan sampai Malaysia pada 28 March 2010. Nak buat apa ya untuk menghabiskan masa bersama-sama. Dua minggu yang ada akan berlalu dengan begitu pantas sekali. Untuk menanti kepulangan my dear Hubby, punyalah seksa jiwa & raga. Nantilah, akan difikirkan kemudian apa aktiviti yang bole dibuat bersama-sama. Till then..senyum selalu!!

L.o.g.o.f.f.