Monday, November 24, 2008

:: Mandi Wiladah ::

Soalan:

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia WAJIB kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

(Sumber: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR)


Soalan :

Saya ingin penerangan lanjut berkenaan Mandi Wiladah ini kerana banyak orang yang kurang arif tentang hal ini terutama wanita sendiri.

Jawapan :

i. Darah yang keluar mengiringi wanita melahirkan itu dipanggil darah wiladah.


ii. Hukum mandi wiladah sejurus bersalin itu sunat bagi orang yang mempunyai darah nifas.

iii. Namun bagi sesetangah wanita, kelahiran bayi itu hanya disambut dengan keluarnya darah wiladah dan tidak disertai dengan darah nifas. Maka mandi tersebut adalah mandi yang wajib sebagaimana menyucikan diri daripada hadas besar selepas melahirkan.

iv. Walaupun begitu, kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita untuk melaksanakannya elok, iaitu untuk memberikan kesegaran selepas melahirkan asalkan ianya tidak membahayakan dan memudaratkan.

(Sumber: JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR)

Perkara Wajib mandi hadas besar:

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

L.o.g.o.f.f

2 comments:

✿Shiba Hisham✿ said...

kak. dah ada babynya ke? Azfar namanya? post la sal dia.

RadenAnum said...

A'ah...da selamat bersalin on 27th Nov @ 2.32 p.m...nama Amir Azfar Azlan. InsyAllah nanti upload pics..