Showing posts with label Working Life. Show all posts
Showing posts with label Working Life. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

:: Salam Ramadhan ::

Salam..
Dah seminggu ramadhan berlalu. Alhamdunillah..syukur ke hadrat Ilahai. Hari pertama berpuasa, banyak dugaan & cabarannya. Hari pertama puasa I ada test. Nak tak nak kena attended for the test. Walaupun test mula jam 8.00 p.m., agak terkejar-kejar jugak I dibuatnya. Nasib baik my collegue tolong belikan sesuatu untuk berbuka. Walaupun hanya kuew tiaw kerang, jadilah dari tak ada apa-apa langsung. Agak sedih juga la..walaupun plan nak balik berbuka with my parents & my beloved AA, tak rezeki nampaknya. Tahun ni juga merupakan tahun ke-2 I sambut puasa tanpa My Hubby. Lagilah bertambah sebak dalam hati ni. Apakan daya, ada amanah & tanggungjawab dipikul oleh my Hubby yang harus dilaksanakan.

Second day puasa, I siap-siap order makanan from my office. Time buka puasa, terus ngap jer..hahaha. A bit rushing jugak laa... Third day puasa, sharp 4.30 p.m. I terus balik Senawang. Punyalah excited nak balik sana, sebab baru ada perasaan suasana nak berbuka dengan family. Hahaha..adik-adik I pun pulun balik sama walaupun tak adalah masakan special masa tu.. Tiba waktu berbuka, AA lagi sibuk dari orang berpuasa. Macam dia pun puasa sama. Kecoh betul dibuatnya. I nak makan pun payah. Suruh makan sendiri, tak mahu..suruh makan ngan Atuk & mak tuk pun tak mahuuuuuuu.. Lepas AA tidur, barulah boleh mengulang makan.

Sekarang ni my parents & AA ada dirumah I. They will stay at my home for a week. Actually, minta tolong parents I tunggu rumah I sementara pihak pemaju 'under construction' my bathroom. Habis semua tiles & accessories dalam bathroom I dibuka, diketuk, dll. Tingkat atas tak boleh dinaiki, penuh dengan habuk. Semalam dapatlah berbuka sama di rumah I.

So, kepada semua yang membaca, mem'follow' blog I, I ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Kepada my Hubby, Selamat Berpuasa. Jangan lupa sahur yea.. ;)

Till then..

L.o.g.o.f.f.

Tuesday, August 3, 2010

:: Bam.Bah ::

BamBah..haha AA called my dear Hubby.Entah macamana ley bertukar jadi "BamBah" pun tak tahu. Sebelum ni, elok je dia panggil "Babah". Agaknya nak samakan dengan panggilan untuk I.. "Mama" @ "Mamak"...berbuih mulut I ajar AA called me "Mummy". Tapi last weekend ada 2-3 kali AA called me "Mummy". Actually, niat sebenarnya nak buat ulangkaji..tapiiiii..ada je excuse kalau bab ngadap buku ni..alahai.. Jangan marah ye my Dear..hehe. Sebelum tidur, akan diselesaikan tugasan itu. Owh ya, AA sekarang dah pandai gigit I kalau bergurau. Naik seriau I kalau AA sembamkan muka dia ke badan I. Mesti kena gigit punya. My Hubby said, maybe AA geram kot..sakit Ooooo kena gigit dengan AA di perut, bahu, lengan etc.

Hari ni, Class I IBM 543 cancel. Not really happy bila dengar class cancel. Iye la...kena replace with another day. Uwaaaa...tu yang malas tuh. Sebenarnya hari ni, gusi I bengkak. Nak makan pun susah. Seram sejuk dibuatnya. Tak semana2 perut pun sakit siang hari.

Macam dah lama tak upload pic AA.. ni adalah 2 keping pics AA. Diambil semasa I on the way to Gaint to collect my fry pan. Topi tu AA yang pilih sendiri nak pakai siang-siang hari. Kalau tak, tak ingin dia nak pakai.. and topi tu BamBah AA yang belikan di KSA. Buat-buat confuse AA ni masa I nak ambil pic dia. Lepas tu baru la dia nak senyum..huhu..



L.o.g.o.f.f.

Wednesday, July 28, 2010

:: 4 in 1 ::

Hurmmm..genap sebulan I tak update any post in my blog. Since My Hubby came back on 1 July 2010 till 24 July 2010, we just spent our time together. Alhamdunillah, three of us spent a good & have a quality time each other. AA bukan main lagi manja ngan babah dia. Suka tengok bila AA bermanja-manja dengan Babah dia. My Hubby pun take care AA very very well. Congrats my dear...hehehe..

Masa my Hubby balik kali ni, I stuck with a few things. I need to attended Participant Development Programme for HRM Students at Kuala Kubu Baru, Selangor from 9 - 11 July 2010. At the same date 10-11 July 2010 is my SIL big day. Tak dinafikan I agak risau untuk meninggalkan AA dengan my Hubby. Bukan sebab tak percayakan my Hubby, tapi AA tu boleh ke tak stay ngan Babah dia. Setelah tamat, PDP tu, I terus balik & packing my stuff. Semangat nak balik jumpa my Love sebenarnya. Tapi, bas pulak lambat sampai. Frust la juga. I sampai rumah MIL, dah petang - 5.30 ptg rasanya. I terus cari AA & my Hubby. I nak tengok expression AA masa tu, I called him, pastu he paused for awhile. Bila nampak I betul-betul (ini bukan mimpi, tapi kenyataan) hahaha..barulah AA dapatkan I. Missed them so much!!!

Next day, my class is started already. Uwaaaa....my routine will changed automatically. I kena biasakan diri dengan title tambahan ni. First thing, I need register course dulu. Hurmmm..what class I want to join ek? Terkial-kial juga I nak handle semua ni. Walau macamana pun, I kena buat juga sebab dah procedure. Agak panik jugak, ada 1 subject ni I nak daftar tak boleh. Langsung tak ada dalam list subject I. Waaa...dah pening kepala I. Nak tak nak I ajak my Hubby ke Shah Alam, settlekan all this matter ASAP. Alhamdunillah, rezeki I tup-tup, my coordinator ada di situ, maka terus daftarkan subject tu. Fuhhhhh..lega, rupa-rupanya, tak dimasukkan subject tu dalam portal I. So, sekarang ni I ambil 3 subject dulu. Tak berani nak ambil banyak-banyak subjects.

Selepas my Hubby balik ke KSA semula, maka routine I kembali seperti biasa. AA ada di Senawang in my parents home. I as usual, cuma tambahannya I akan ke kelas. Selalu sampai rumah dalam jam 7 paling lewat, sekarang ni jam 10.30 p.m. paling awal sampai. Tak apalahkan.Cabaran yang harus I tempuhi hingga tamat pengajian. InsyaAllah..


L.o.g.o.f.f.

Monday, June 28, 2010

:: Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah bergelar Ibu ::

Article ni I copy paste untuk tatapan kita semua. Actually I tertarik sangat dengan article ni, & mengingatkan I peranan I sendiri. Ya lah..kadang-kadang kita teralpa seketika. Enjoy!!!.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan,
ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.


L.o.g.o.f.f.

Thursday, April 8, 2010

:: Problemto?? ::

Today is my bro 26th birthday. Happy Birthday to you!! Umoq makin bertambah, moga2 cara berfikiran akan lebih matang. Pandai2lah membawa, menjaga diri. You are the ONLY son in our family. Eventhough I am the eldest, sometime I cannot handle/ manage all by myself. What I need from all of you - CO-OPERATION. Thats enough for me at this moment.

Actually, yesterday I received a called from him. That news not very good all. WH* *** kena tarik. Bayangkan betapa terperanjatnya I dapat berita yang kurang memberangsangkan. Tapi apakan daya, benda dah berlaku. Nak marah pun tak gunakan? Bukan boleh nak rewind semula kejadian tersebut.

Nak tak nak, kenalah cari duit untuk keluarkan WH* dari gudang simpanan. Terpaksalahkan..nak buat apa lagi. Dan kerana perkara ni, macam2 hal timbul. Maka timbullah kata2 yang boleh membuatkan badan binasa. Bak kata pepatah lama: " Kerana Mulut Badan Binasa " . Kata2 tersebut akan I ingat sampai bila2. Panggilan yang tak sepatutnya keluar dari mulut itu membuatkan I betul2 patah hati, terasa hati, jauh hati, berkerat rotan, apa lagi?? Itulah lumrah manusia yang mudah lupa. Bukan nak mengungkit, tapi kenanglah sikit pertolongan kecil yang telah diberikan sementara kamu boleh bernafas semasa mulakan hidup. Ikutkan sampai hari ini ada lagi hutang yang belum mampu diselesaikan, dah menongkat langit. Tak mahu pandang ke bawah langsung. Ingatlah, yang dunia ini bulat, sekarang kamu diatas, satu hari nanti kamu akan berada di bawah juga. Jangan pula masa tu tak ada sesiapa yang mahu beri pertolongan. Mungkin ada yang mampu untuk bagi pertolongan, akan buat2 tak mampu. Bukan nak menyumpah atau apa..tapi fikirlah orang pun ada hati & perasaan. Jangan ingat tindakan kamu itu semuanya betul.
" Eh, ko pegi google hosp ape ade kt pj? Budoh! Aku da suspect denggi kt klinik la setan! Eh, pegi jahanam la ko. Aku sakit pn sndri merangkak. Yg ko taw duit ko kuar. Mati dgn duit la ko!"
Pertanyaan berikan sebab kukuh knp boleh berada di hospital itu dibalas dengan jawapan sedemikan. Di area PJ tak ada hospital ek? Asunta, PPUM bukan hospital ke? Paling2 tak pun dia area Sunway tu. Entahlah.. Sampai ke saat ini I masih terasa lagi. Membuatkan selepas ni, apa2 hal berkaitan dengan beliau, I tak mahu ambil tahu lagi.

Pagi ni, pasal parents I pulak. Keadaan mata my Father yang tidak mengizinkan. Need to have an appointment with specialist to know his eyes condition. What can I do is..pray to him that everything will be fine. Simptom pertama kabur di malam hari telah berlaku 8 months ago. Sekarang ni, kabur di siang hari pulak. Dengan erti lain, my Father cannot drive anymore. Tunggang motosikal pun tak boleh. Sebab my Father dah mula langgar sana sini. His car also cannot used at this time.

"Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ayah ku. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuh dugaan Mu itu. Janganlah Kau merampas penglihatan dia. Kini untuk membaca surah Yassin pun dia dah tak mampu. Sekurang2nya dapatlah ayah ku itu membaca ayat suci al-Quran Mu itu. Amin..Amin Ya Rabballamin.."

Kerisauan my Father takut tak dapat melihat cucu dia amat2 membuatkan jiwa I tersentuh. Katanya..mungkin itulah yang pertama or mungkin yang tarakhir cucu yang bole dia lihat..Masih terngiang2 kata-katanya dan membuatkan airmata I akan tertumpah dengan mudahnya.

L.o.g.o.f.f.

Wednesday, August 5, 2009

:: cHicken Poxxx!!! ::

Hurmmm...sejak 2 menjak ni, agak kurang rajin nak update my blog. Bukan apa, since AA kena chicken pox, my attention just for him. Quite worry jugak dengan condition AA tambahan pulak dengan penyakit2 yang sedang melanda sekarang. If AA got a fever & what ever, the effect will comes to me jugak. Nak kerja pun liat...sebab I will thinking about him always. As you all known, he stay with my parents in N9. Alhamdunillah, now he is recover from chicken pox virus. And today, he is recover from that virus. So, ni lah wajah kesayangan hamba yang kena chicken pox. Tunjuk yang kena di muka je..





L.o.g.o.f.f.

Wednesday, July 15, 2009

:: Ni Yang Yak Suka Ni ::

Last Monday I dah MC, sebab i buat check-up. Kan I batuk-batuk for a few months. Doc dengan segera minta I wat x-ray nak tengok condition paru-paru I pulak. Sebab ada kisah benar kes yang doc tu dapat, patient dia dapat cancer. Ini semua kerana patient dia bekerja dikalangan smokers. Walaupun patient dia perokok pasif, akibatnya wanita tu yang dapat. Maka doc tu tak mahulah I next patient dia.

Alhamdunillah, pabila prosess x-ray selesai, doc dapati lung I masih "OK" lagi. Katanya la kan... But the doc adviced me try to avoid from the smoke, dust etc. But....how should I make it? Last post I kan ada story mory hal ni...same condition. Even I dah buat muka, masih tak faham-faham juga. Well the doc ada keluarkan surat mengatakan avoid me from 'habuk dan asap (rokok)'. Yesterday I'm working, pagi-pagi lagi dah ada pencemaran udara dalam office. OMG...masa tu pulak I tgh busy, nak lari memeng tak boleh. Maka hadaplah dengan hati yang berbuku jugak. Kalau bukan kerana kerje tengah melambak, takkan I tunggu punya.

What ever it is my HOD perasan yang susuk tubuh I yang makin kering. My BFF also said the same thing, but she said tak tertanya bila tengok I. Before that my mom neighbour pun said the same thing. I tried to ignore it. But if people around me, inform the same thing..isk isk...Last month I ada timbang my weight, memang ada turun berat I. Itu belum my Hubby tengok lagi...uwaa...haru ooo..I don't what to to gain my weight.

Maka pada hari ini I terpaksa EL, sebab since last nite till 4-5 a.m I cannot sleep at all sebab batuk-batuk. Bila I dah boleh tidur, hari pun sudah subuh. Macamana I nak bekerja dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Tak bermaya...letih and so on...Hurmmm...Moga I ada kekuatan untuk menghadapi semua ini.


L.o.g.o.f.f.

Thursday, June 25, 2009

:: WhAt sHouLd i Say?? ::

Apo nak di kato???Actually I dah batuk-batuk almost for a month. Lebih sebulan kot..What ever. Yang pasti I dah lama batuk-batuk. Ubat batuk dah berbotol-botol minum. Tapi tak baik-baik juga. I pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Last 2 weeks I ada jumpa doc, that doc give me ubat batuk and 3 types allergic pills. Habis je ubat tu, berbalik batuk I ni. Doc tu kata I allergic pada habuk-habuk, asap rokok dan sewaktu dengannya. So I kena avoid myself.

Today I meet Doc again for a same reason. Ubat yang I dapat ubat batuk of course, kahak and paling yang tak sangka-sangka ubat asma. Tu yang paling I terperanjat. Doc tu kata lepas 2-3 hari meet him again sebab nak tahu resultnya. Perghh..how come I nak avoid dari semua tu. Lebih-lebih lagi smoking people.

Actually, ada seorang ni yang tak boleh dikahabar langsung. Orang lain boleh smoke di luar kawasan office, sorang ni memang...entah tak tau nak kata apa. Ikut kepala dia je. Dia tak sakit, maka orang disekelilingnya yang sakit-sakit. Tiap-tiap minggu jumpa doc. Dia ingat dia ti M*****R orang takut lah tu. Nama jer M*****R tapi cigrate mintak S****. Apadaaa...Ni lah orang yang tak tahu hormat orang lain, pentingkan diri sendiri, talam dua muka, suka memperendah-rendahkan orang, nak isi perut sendiri pun minta orang belikan bla bla bla. Macamana nak handle orang yang macam ni ya??? I dah fed-up sangat-sangat ni.Tension dibuatnya.Sabar aje lah...huh!


L.o.g.o.f.f

Wednesday, May 20, 2009

:: Boss Is Boss ::

Well...Boss tetap Boss. Betul tak??? Have a small conflict whereas 2 bosses (Boss Team A & Boss Team B) try to pretend their staff. Argue punya argue, complain pumya complain at the end staff Boss Team A jugak yang salah. Katanya task yang diberi dari pagi, walhal before lunch hour baru dapat dari staff Team B. Entah macamana bahan2 yang hendak digunakan shortage. So one of staff Team A pergilah beli. Kebetulan pula Boss Team B jeguk hasilnya. Tak ada movement sebab insan yang melakukan tugas itu telah keluar tukar barang. Mestilah marahkan...sebab tugasan yang diberi tak bergerak-gerak pun. Coinsidence yang lain-lain sibuk dengan tugasan masing-masing dan berada di sarang masing-masing. Sana tuding sinun, sinun tuding sana...tak ada kesudahan. Maka Team A yang salahlah jugak. Terimalah dengan hati yang tidak terbuka sebab 2 rules ni:

1. Boss always rite.
2. If boss is wrong, refer to rule no. 1

So...meaning that boss always always rite. Hurmmm...ni yang nak pasang angan-angan nak jadi boss. Boleh tak???


L.o.g.o.f.f