Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Friday, December 2, 2011

:: His 1st Time ::


Hari ni buat pertama kalinya AF diberi makan..baru cuba bagi Cerelac Beras Merah dulu..so far AF respond baik juga..taklah dimuntahkan apa yang disuapkan dalam mulutnya..Takut juga kalau2 AF akan meluahkan isi..since doc pun dah suruh stimulate deria rasa dia, maka rasanya ok lah sebab AF tak menolak. Takut yang ke2, AF kan susu guna NG tube, macam2 difikirkan dalam kepala ni. AF ada juga susu guna botol..tapi dia cuma mampu minum dalam 20 mils dalam masa 30mins..Tengah dok elok makan tadi boleh AF terus lelap..huishh..kelakar la AF ni..masa suapkan tadi bukan main lagi sengeh dia..lambat suap marah pulak.. :) ada-ada je gelagat AF.Tak apalah, biar lambat, perlahan2..progress yang di tunjukkan sekarang ni pun dah agak membanggakan diri si Ibu ini..semoga aku akan bertambah-tambah sabar dalam menghadapi semua ini.. Sempat juga snap pic AF sedang makan..



.L.o.g.o.f.f.


















Tuesday, August 16, 2011

:: Permata Hati [Eps 3]

Salam...

Berbalik pada saat aku di labor room..setelah kurang dari setengah jam aku melahirkan AF aku telah didatangi oleh seorang doktor. Beliau telah memperkenalkan diri sebagai Doktor Puteri - Dr. Tengku Puteri Zainab namanya. Seorang doktor pakar kanak-kanak. Beliau telah memaklumkan bahawa anak yang aku lahirkan mempunyai ciri-ciri 'Down Syndrome'. Boleh bayangkan tak perasaan aku pada masa itu??...suatu perasaan yang tidak dapat dibayangkan..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya..semuanya telah termaktub di loh mahfuz aku dan Hubby dikurniakan anak istimewa. Hanya titisan air mata saja mampu aku lakukan pada masa itu.Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan sebenarnya.

Demi tuhan aku sememangnya tidak dapat untuk menerima hakikat yang anak aku itu DS. Setiap ibu yang mengandungkan anaknya pasti mengharapkan kesempurnaan saat baby dilahirkan..Sehingga aku discharge dari hospital dan balik ke rumah orang tua aku, aku masih tak dapat terima semuanya..aku tak punya kekuatan untuk semua ini..sehinggakan untuk memegang AF pun keberatan..aku hanya menyusukan AF, sebab tak mahu dia lapar saja..entahlah..aku pun tak tahu apa yang aku buat ni..

Aku telah bawa AF jumpa doctor sebab demam kuning..doktor ada menanyakan aku 'ada tak doktor di hospital mengatakan anak aku itu ada MASALAH atau tak?' Masalah ke anak aku tu??? Itu yang membuatkan aku sedih sangat2. Anak itu bukan MASALAH pun..dia tak berdosa apa pun. Apalah yang dia tahu..lagipun bukan itu yang dia pinta, mungkin AF pun mahu seperti anak-anak lain. Tak apalah..aku percaya setiap anak-anak yang dilahirkan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting kami akan mendidik anak-anak kami dengan sebaik mungkin baik AA atau AF.InsyaAllah..apa yang aku mohon, aku punyai kekuatan, ketabahan, kesabaran yang teramat tinggi untuk mengharungi perjalanan hidup.Semoga aku & Hubby dapat melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaiknya.

Alhamdunillah, aku punya sokongan bukan saja dari Hubby aku, tapi adik-adikku juga. Pada awalnya aku juga takut juga nak menghadapi semua ni..hadapai pandangan orang, mata-mata orang, kata-kata orang dan lain-lain. Tapi sekarang ni, aku tak ambil peduli apa orang nak cakap pasal AF, nak kata apa, katalah..Syukur Alhamdunillah sejak kehadiran AF rezeki Hubby aku makin bertambah-tambah. Semakin hari semakin aku jatuh sayang,kasih yang tak terhingga kepada anak ini. Untuk anak-anakku...mummy & babah sayang kalian dunia akhirat.

.L.o.g.o.f.f.

Monday, November 8, 2010

:: Ceritera Ku ::

Hari tak ada yang special sangat. As usual my routine..pergi kerja, balik kerja. Cuma my class dah tak ada. Sedang final exam. This coming Wednesday is my last paper. Hurmmm..patutnya nak revision. Tapi perut I tak berapa sedap. Since morning, rasa lain macam. Bukan nak memerut atau seangkatan dengannya, tapi macam menggigil semacam. Ingatkan sebab tak makan ke, tapi bila I dah makan pun masih macan tu. Sekarang ni pun masih terasa-rasa lagi. Nak jumpa Doc..lepas I exam nantilah.

Hari ni ragam AA. Pagi-pagi lagi dah meraung. Mana taknya, celik-celik je mata, I tak ada di sebelah dia. Melompat my Mom & my Dad bila dengarAA menjerit. Selesai je I mandi, terus ambil AA, aduh..anak itu, nangis-nangis lagi..sedih sangat bunyinya. I pun pujuk...barulah dia nak turun. As usual, AA pun akan tengok Mummy dia bersiap. Bila time I nak pergi kerja, kena bawa AA jalan naik kereta 1 round dulu, baru dia puas hati. Itu kisah pagi tadi.

Petang tadi pula, lepas I sampai di rumah, I called AA. My Mom said, AA gosok-gosok mata dia. Ingatkan nak tidur, rupa-rupanya sedih sebab Black Ferari hilang dari pandangan. Ferari tu kereta mainan yang Hubby I kumpul kalau isi fuel di Shell. Ada 2 kaler, 1 lagi merah. Tak lama lepas tu, my Mom sms me, to inform that Black Ferari was found. Mana letaknya kalau tak dalam laci kabinet dapur. Tempat favorite AA letak apa-apa barang kalau dia dah pegang.

Ok lah..nanti I akan sambung lagi. Nak rehatkan badan dulu, bukan je badan I sakit-sakit, kepala I pun dah mula sakit-sakit. Preggy women selalunya morning sikness, I pulak samaada petang atau malam sikness. Pernah sekali jam 4 pagi I muntah-muntah. Morning juga la kan..tapi sebelum subuh. Tapi, walau apa pun I bersyukur sangat-sangat sebab tidak banyak sangat alahan. Cuma I ni cepat tangkap bau yang tidak enak di hidung. Apatah lagi kalau body odor orang lain. Harap-harap tak melarat sangat.

.L.o.g.o.f.f.

Tuesday, May 18, 2010

:: Its All 'Bout AA ::

Salam..
This time I just story mory about AA je lah..
Dah lama tak ada cerita pasal AA kan..
Hurmmmm...nak mula macamana ye....
AA dah dapat kaki, dah berlari2 pun. Kalau bawa berjalan, dia yang tarik kita mana dia nak pegi. Alhamdunillah masa umur dia 15 bulan da boleh berjalan. Tapiiiiiiii...gigi punyalah lambat nak tumbuh..ni pun baru nak masuk gigi yang ke-5. Sekali kuar gigi AA, bukan main besar2. Gusinya pun macam tabal bukan main. Isk2.. 1 perkara yang agak payah nak ajar AA ni, GOSOK GIGI dia yang tak seberapa tu. Setiap kali nak gosok gigi dia, pasti anak ini akan tutup mulut dia serapat2nya.. Leh gaduh setiap kali mandikan dia. Mulalah berperang dalam bilik air, mana dengan suara Mummy dia, suara AA lagi. Hujung2 Mak Tok AA cakap "gasak lah korang anak beranak". Kelakar pun ada. Mummy akan menanglah..dapat gosokkan gigi AA. Pastu pasti Mummy akan sakat AA pulak..pantang ditanya "mana gigi dia?"Nanti dia tunjuklah gigi dia (dengan keadaan menyeringai tunjuk gigi dia yang 2 batang tu).
Skang ni, AA dah bole sebut beberapa sebutan..I panggil diri I 'Mummy' tapi lately ni he called me 'Mama'. Bunyinya begitu manja sekali (bodek ler tu..nak jalan2)..Huhu..His first word "BABAH" (my Hubby)..apa lagi ye..'bah' = bas, 'wii' = lori, 'ba' = kapal terbang, 'zzss' (xtau nk spell) 'z' tu di ujung lidah = susu or lizard (klu lizard siap tunjuk), tata, bye, dah, mamam,vrooom2 = motor, 'auuuu' = hello, buah, 'pah' = sampah... dah tak ingat apa lagi. Kalau di suruh buang diapers dia dlm bakul sampah dia, tau mana nak buang, letak baju kotor dalam bakul baju dia pun tahu mana nak dituju. Sikat rambut Mummy dialah. Sekarang ni, kalau mummy dia pakai lotion or bedak, kena letak di tapak tangan dia sikit. Lepas tu nanti dia sapu kat Mummy dia. Mana tempat dia nak sapulah..suka2 hati dia je. Selagi tak dibagi, ngamuk sakan member.
Last Sunday, I bought bicycle for him. Pink pun pinky lah..tu yang available masa tu. Sebabnya, AA pakai bicycle cucu jiran sebelah rumah parents I, & macam dah jadi harta sendiri pulak. Bukan 1, tapi 2 tu.. :) ..di bawah I attached latest AA pics. AA with his pinky bicycle, others AA during waiting me to bought pizza. Mummy & Babah luv u sooo much!!! Muahhhhh

L.o.g.o.f.f.

Wednesday, April 14, 2010

:: Ku Tahu ::

Ku tahu apa yang telah kau perkatakan..walau tidak secara direct. Tapi kenapa tak cakap terus pada aku sahaja. Buat apa lontar batu, tapi sorokkan tangan tu. Jangan lupa,semasa kau lontar batu tu, mungkin ada orang nampak perbuatan kau itu walaupun aku tidak tahu. Dan bukankah cara kau itu sebagai seorang yang pengecut?? Kalau nak kita berdepan - face to face.

"..terlalu ego org lain jd mangse.. kesian ank kecil itu.... moral: ibu bapa harus dihormati walaupun anda kaya!!!"
"..manusia mudah lupe daratan...parents pon kecil ht~ kesian.."
Untuk statement yang pertama tu, siapa yang tak ego?? Cakap? Semua orang ada tahap keegoan masing2. Terpulang macamana nak handle. Tapi kalau dah terlalu emo.. tak tau nk kata apa. Fikir sendiri untuk kebaikan sendiri. Tak perlu kesiankan anak kecil itu..sbb dia masih ada ibubapa yang melahirkan dia, menyara, mendidik. Kau tu tak tahu apa perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Yang kau tahu, layan kepala batu kau tu je, kata hati yang kononya betullah tu. Nak suruh orang hormati ibu bapa? Diri sendiri hormat ke dengan ibubapa dia? Dah ibubapa tak restu, kenapa masih nak teruskan? Kenapa dibantah dengan pilihan kau tu? Aku tahu jawapanya. Dan disebabkan itu, kini aku memperolehi kebahagian, kegembiraan. Nikmat yang tidak terhingga rasanya. Tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kepada ibubapa aku tu. Sesungguhnya apa yang aku harapkan, semoga ibubapa aku itu akan beroleh kebahagiaan dunia & akhirat. Percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku bahagia dengan hidup aku, keluarga aku, anak aku..dan kepada SUAMI ku..terima kasih diatas segalanya. Suami ku itukah boleh aku ibaratkan sebagai CAHAYA untuk diri ku & anak2 aku.

Jangan ingat kita tak pernah kecilkan hati ibubapa kita. Nampak tak nampak je, secara langsung @ tidak langsung. Kalau secara langsung, mungkin kita akan sedar cepat. Yang bahaya tidak langsung tu tanpa kita sedari. Makan hati dibuatnya. Mana mungkin kita akan mohon maaf kepada mereka. Sebab kita tak tahu apa yang tersirat dihati mereka. Aku juga nak ingatkan diri aku juga. Sebelum ini, syurga aku dibawah telapak kaki ibu ku. Kasih ibu sampai ke syurga. Kini syurga ku dibawah telapak kaki suami ku. Tak lupa juga buat ayah ku itu. Kepada mertua ku, aku juga sayang kalian. Tanpa kalian, tak mungkin akan ada suami ku itu. Terima kasih mak & abah.

Benda2 yang boleh dibawa bincang, kau tak mahu. Yang kau tahu segala tindak tanduk kau benar sama sekali bukan? Pernah dengar tak orang suruh kita pilih orang yang lebih pandai dari kita supaya kita pun akan pandai seperti mereka? Bukan sebaliknya. Tapi kau?

Dan terima kasih juga kepada kau sebab mendoakan aku KAYA. Aku kaya untuk anak2 aku. Bukan untuk kau pun. Seandainya aku tiada di dunia ini, moga anak2 aku tidak akan menyusahkan sesiapa terutama kau.

Aku lupa daratan? Taklah sampai macam Si Tanggang lupakan ibubapa dia. Ketahuilah bahawa aku sudah punya kehidupan/keluarga yang harus aku bentuk & warnai. Semua orang akan berbuat demikian apabila sudah punya keluarga sendiri. Pasti kau juga akan berbuat demikian.

Aku berdoa semoga kau akan berbahagia hendaknya.

L.o.g.o.f.f.

Tuesday, October 27, 2009

:: Hello...I'm Back!!! ::

Assalammualaikum w.b.t....

Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni mood I kembali untuk mencoret semula. Menyepi bukan apa, since my Hubby came back for his leave (kebetulan Raya Aidilfitri) I just spent my time with Him & our beloved AA. Tak kemana-mana pun, just stay at home. Pergi beraya ke rumah a fews our friends, jalan-jalan tengok orang main kites (at Kepong) and the most thing settle hal-hal rumah kami. Alhamdunillah CF dah lulus, & kunci rumah pun dah di ambil. Sekarang ni dalam proses pack all the things. Kalau tak ada apa-apa aral melintang, mid of November 2009 I will move in to our house.

Hari ni AA da genap 11 bulan...pejam celik pejam celik, da 11 bulan. Sekejap je masa berlalu. Dah nk setahun umurnya. Sebelum my Hubby went back to Mekah, dapat la tengok gigi AA yang dah nak kuar. Sebatang jer..hehehe..masa tu lah dia nak merangkak, nak berdiri..memanjat. Sekarang ni AA da pandai turun sendiri dari katil ke, sofa ke. Kalau tak di perhatikan, mau AA terjun je. Nekad betul. Bukan tahu takut/ ngeri ke..kita pulak yang seriau..AA pulak as usual..SENGGIH aje la..

Owh..before I terlupa, I nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat my Uncle & my new Aunt. Semoga akan berkekalan dunia akhirat.

Gambar-gambar later ye I letak..


L.o.g.o.f.f.

Tuesday, August 25, 2009

:: Salam Ramadhan ::


Ramadhan kembali lagi...Alhamdunillah bertemu kita dengan Ramadhan kali ini. Tapi kali ni, Ramadhan I tidak diraikan bersama Hubby macam tahun lepas. Tapi I ada replacement, pengubat rindu I...sapa lagi kalau buah hati I, AA. Belum terlambat lagi kot nak wish Selamat berpuasa kepada semua kengkawan, mohon dimaafkan segala salah dan silap. Saya ni, hanyalah manuasia yang serba kekurangan.


Pic was taken on 1st day Puasa.


L.o.g.o.f.f.






Wednesday, August 5, 2009

:: cHicken Poxxx!!! ::

Hurmmm...sejak 2 menjak ni, agak kurang rajin nak update my blog. Bukan apa, since AA kena chicken pox, my attention just for him. Quite worry jugak dengan condition AA tambahan pulak dengan penyakit2 yang sedang melanda sekarang. If AA got a fever & what ever, the effect will comes to me jugak. Nak kerja pun liat...sebab I will thinking about him always. As you all known, he stay with my parents in N9. Alhamdunillah, now he is recover from chicken pox virus. And today, he is recover from that virus. So, ni lah wajah kesayangan hamba yang kena chicken pox. Tunjuk yang kena di muka je..





L.o.g.o.f.f.

Sunday, July 5, 2009

:: He Is 7 Months Old ::

27 June 2009, AA da pun 7 bulan. Pejam celik, pejam celik da 7 bulan. Alhamdunillah semuanya dalam berkeadaan yang baik. Missed him so much. Dengan keletah AA, balik keje rasa penat pun hilang. Actually 2 minggu AA stay with me in SB. Saja-saja jer tukar angin. Ada jer keletah AA yang tak dijangka-jangka. So, post kali ini, I atttached video AA yang tak tahu dok diam. Satu lagi, since I batuk-batuk, AA pun dah pandai ajuk I. I batuk, AA pun batuk jugak....haiiii...anakku ini...anak babah ni...kalau babah call, takkan dia bersuara. Yang dia tau senggih aje...dengar suara babah dia. Pastu lompat-lompat, macam tak tahu penat. Kalau pegang AA, pun lompat-lompat macam tu. :) aktif bangat...





L.o.g.o.f.f

Sunday, June 21, 2009

:: HappY fAtHeR's dAy ::

Wishing Happy Father's Day to a person who call Father's. I jugak nak wish to my dad, FIL, and of course to my beloved Hubby. Thank you for everything that you give to me. your loves, support, encouragement etc. For my Hubby, here something for you from AA.



L.o.g.o.f.f

Monday, June 8, 2009

:: Miscarriage ::

Hurmmm...apa yang miscarriage? I miscarriage? Lebey kurang macam tu lah. Huhu..actually my p****d lambat. Adalah lewat dalam 9 hari. Cuak sebenarnya. Antara I'm preggy for the second time or not. If I make a urine test, definetly the test will give the answer "Negative". Coz for the first pregnancy, my urine test detected on 8 weeks. Doc cakap hormon lambat di kesan. Actually I takut seandainya I pregnant. Sebab??? Sebab I tak bersedia dari segi mental & fizikal. Lagipun AA masih kecil lagi. Maaf Hubby, bukan tak mahu, tapi memang tak bersedia. Tak sanggup rasanya nak jadi preggy women without my Hubby. In other word, I will survive alone. Everything I will do by myself. Alahai...Lepas tu, can u imagine kalau I nak pergi keje naik komuter??? Dengan keadaan yang penuh macam sardin cap ayam, berebut-rebut dengan passanger lain??? Skrg ni boleh la, tapi itu pun I mengalah tunggu next train. Malas nak berebut-rebut. I pernah perhatikan seorang preggy women, lepas office hour balik nak naik komuter. Kebetulan I pun ada masa tu, I dapat naik train yang ke-5. Itupun setelah I tunggu hampir 2 jam. Samalah juga dengan preggy woman tu. Tak sanggup ooo...
Besides that I ada terbaca 1 artikel yang boleh di kongsi bersama. Artikel ni dari Majalah Wanita keluaran20-26 Mac 2009 "Rancang Jarak Kelahiran anak ke-2". Petiakan artikel:

'Sekiranya anak sulung berusia antara 1-2 tahun ketika menerima adik baru dia mungkin belum cukup matang untuk percaya diri dengan kedudukannya dalam keluarga. Dia belum mengerti benar tentang kehadiran seorang bayi baru. Apa yang diketahui, ibu bapanya mulai memberikan kasih sayang & perhatian terhadap orang lain, bukan kepadanya.'

Walau apa pun setiap tetap ada kelebihan & kekurangannya. Cuma macamana peranan kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Anak memang anugerah dariNya dan paling penting mereka adalah amanah dariNya untuk kita melaksanakannya. Tiada gunanya kalau kita ada anak ramai, tapi abaikan segala hak-hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Hishhh...tu yang tak sanggup tu. Kalaulah I tak mampu nak sempurnakan amanah tu...till then...


L.o.g.o.f.f.