- Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
- Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari seksa diakhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
- Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka ia akan dikuncikan oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.
- Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka ia akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
- Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
- Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikkan.
- Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
- Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
- Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikkan Allah akan membalas dengan 10 kebajukan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikkan dengan 70 kebajikan.
- Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasullulah S.A.W.
"You are my true joy and my only source of being. I promise you when you come to be with me, heaven will be your home. I will worship you for you are divine to me. I will treasure you for you are my life..."
Tuesday, May 22, 2012
:: Rejab ::
Thursday, August 26, 2010
:: Mandi Junub ::
Mandi wajib yg betul...
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii
” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Monday, June 28, 2010
:: Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah bergelar Ibu ::
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
Monday, June 8, 2009
:: Miscarriage ::
Besides that I ada terbaca 1 artikel yang boleh di kongsi bersama. Artikel ni dari Majalah Wanita keluaran20-26 Mac 2009 "Rancang Jarak Kelahiran anak ke-2". Petiakan artikel:
'Sekiranya anak sulung berusia antara 1-2 tahun ketika menerima adik baru dia mungkin belum cukup matang untuk percaya diri dengan kedudukannya dalam keluarga. Dia belum mengerti benar tentang kehadiran seorang bayi baru. Apa yang diketahui, ibu bapanya mulai memberikan kasih sayang & perhatian terhadap orang lain, bukan kepadanya.'
Walau apa pun setiap tetap ada kelebihan & kekurangannya. Cuma macamana peranan kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Anak memang anugerah dariNya dan paling penting mereka adalah amanah dariNya untuk kita melaksanakannya. Tiada gunanya kalau kita ada anak ramai, tapi abaikan segala hak-hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Hishhh...tu yang tak sanggup tu. Kalaulah I tak mampu nak sempurnakan amanah tu...till then...
Tuesday, May 19, 2009
:: Malaikatmu... ::
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Monday, November 24, 2008
:: Mandi Wiladah ::
Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?
Jawapan :
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia WAJIB kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
(Sumber: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR)
Soalan :
Saya ingin penerangan lanjut berkenaan Mandi Wiladah ini kerana banyak orang yang kurang arif tentang hal ini terutama wanita sendiri.
Jawapan :
i. Darah yang keluar mengiringi wanita melahirkan itu dipanggil darah wiladah.
ii. Hukum mandi wiladah sejurus bersalin itu sunat bagi orang yang mempunyai darah nifas.
iii. Namun bagi sesetangah wanita, kelahiran bayi itu hanya disambut dengan keluarnya darah wiladah dan tidak disertai dengan darah nifas. Maka mandi tersebut adalah mandi yang wajib sebagaimana menyucikan diri daripada hadas besar selepas melahirkan.
iv. Walaupun begitu, kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita untuk melaksanakannya elok, iaitu untuk memberikan kesegaran selepas melahirkan asalkan ianya tidak membahayakan dan memudaratkan.
(Sumber: JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR)
Perkara Wajib mandi hadas besar:
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
Thursday, November 20, 2008
:: Bahagia vs Sengsara ::
Bahagia diistilahkan sebagai kesenangan, keamanan, & kesentosaan manakala sengsara pula bermaksud kesusahan, kesulitan, & penderitaan. Ia seringkali menjadi teman akrab lagi sejati manusia. Maka digambarkan manusia yang bahagia itu adalah orang yang paling istimewa manakala manusia yang sengsara itu ialah orang yang tidak bernasib baik dalam hidupnya. Antara tanda-tanda orang yang BAHAGIA itu adalah:
- Senang & suka dalam urusan akhirat.
- Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap mengabdikan diri kepada Allah apatah lagi membaca Al-Quran.
- Sangat memelihara sembahyangnya.
- Jaga diri dari yang haram & syubhat.
- Suka bersahabat dengan orang soleh & baik.
- Bersifat dermawanpada jalan agama.
- Sangat bermanfaat kepada orang lain.
- Sentiasa siap sedia menghadapi kematian.
Manakala tanda orang yang SENGSARA itu adalah:
- Rakus terhadap harta dunia.
- Kemahuan & syahwat yang kuat terhadap dunia semata-mata.
- Meringan-ringankan ibadah terutamanya solat.
- Berkawan dengan orang fasik dan memusuhi orang yang mencintai agama.
- Sombong lagi membanggakan diri.
- Bersifat suka merosakkan hubungan silaturrahim.
- Sedikit kasih sayang kepada orang yang beriman.
- Kikir lagi kedekut.
- Tak ingat mati.
- Tiada perasaan terhadap Al-Quran & Sunnah Nabi.
Kita di mana? Bahagia atau Sengsara? Ask urself....Me???Hurmmm...
L.o.g.o.f.f
Tuesday, November 18, 2008
:: Preparation to Deliver My Baby ::

After that dun forget repeatly to read Ayatul Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falak, surah An-Nas untill deliver the baby. InsyAllah I will do that to remember Him always and everything will be fine. After this i will share doa' after deliver baby. Till then...
L.o.g.o.f.f
Tuesday, September 16, 2008
:: Renungan Seketika ::
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis bioleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.
...Kata-kata untuk memperingati diri sendiri terutamanya..
Tuesday, September 9, 2008
::Khasiat Kurma::
- Kurma adalah buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin.
- Dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
- Penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.
- Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.
- Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
- Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.
Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. - Khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.
- Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
- Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.
- Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Perlu jadi makanan rutin berbanding juadah kini yang banyak bahan bahayakan kesihatan.
L.o.g.o.f.f
Thursday, September 4, 2008
::MoNkeY SEE,MoNkeY Do::
There was a time when I used to wonder why my young daughter often spoke rudely to me.
"Caithlyn,have you finished your meal?" I asked her once.
"Later!Can't you see I'm very busy now?"came her reply in a snipping tone.
I had also wonder why her young brother used an authoritarian tone of voice when he wanted something."Gimme this/that!"he would say to me.
"The kids are so rude!"I commented to my wife.
"Well,don't you realize that you are often that way with them?"came her reply.
As much as I loathed admitting it, my wife was right. Like father like son - and daughter!The things I hated hearing from my kids were actually the ones that originated from fours truly.
Whether we like it or not,kids are quick to learn things from their parents - the good ones as well as the bad. What goes in their ears often comes out from their little mouths.
As it had been proved by my kids,we parents can't expect them to bo polite if we are the opposite. If we raise our voices to them,then that is exactly what they will do to us inreturn. If we mutter "S**t" under our breaths in their presence when we get stuck in a bad traffic jam, they too would use the exact expletive when they feel frustrated - and often when we least expect it.
On the other hand, if we cultivate the habit of tagging "thank you" and "please" at the end of what we are saying, they too would learn to add these polite phrases in their daily conversation.
Furthermore,we should never laugh at a poor display of manners. If we collapse in a heap of giggles when a kid calls his baby sister "poopy face", not only we endorse the use of the derogatory name-calling,this would also encourage an encore from him.
Consistency is just as important. We can't tell the kids off for something one day, and then laugh our heads off at the same offence the next time. This would only cnfuse the little ones.
My kids had certainly thaught me to be watchful of the words that slip through my mouths, and to be mindful of the way I behave. We can't say one thing and do the opposite, because kids learn more from watching us behave than from us telling them how to behave. Perhaps you have heard of the story of the hypocritical father of a young boy who was caught stealing at his school. "Why did you steal your classmate's pen?reprimanded the embarrassed father. "Didn't I bring you enough pens from my office last week?"
It's certainly not easy to be on our best behaviour at all times, but that's exactly what we parents have to strive for if we want our kids to grow well-mannered.
So, it really really make me thing back and what i can conclude is what you give you get back.
L.o.g.o.f.f