Showing posts with label Emotion. Show all posts
Showing posts with label Emotion. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

:: R.A.G.A.M ::

As salam..dah lama betul tak update blog..sejak dah mula class ni, sibuk sikit. Macam2 hal pula sem ni..apa2 pun semuanya dah selesai..segala macam issue timbul sedikit banyak buat routine kelam kabut sikit jugalah..mana dengan assignments lagilah..insyaAllah semuanya akan ditempuh dengan tenang sekali. Bulan lepas bulan ulangtahun kelahiran yang ke32..aishhh..dah 32 tahun rupa2nya..orang kata 3 series..huhu..tahun ni dapat present dari my hubby..walau advance 3 hari, takpe la kan..bulan lepas juga my BIL punya majlis kahwin..so sibuk siap2kan untuk makan beradab. Dilantik menjadi Chef on that day only..dalam masa yang sama, my hubby tak sihat, AF pun tak sihat..agak kelam kabut masa nak masak..mana nak tengok anak lagi..kira nasib baik hubby larat nak tolong jaga AF. masa majlis berlangsung, AF memang tak keluar rumah langsung. Balik je ke rumah, AF memang terus demam..adoiii..kebetulan nak jumpa doc pulak minggu tu..kira nasib baik tak kena tahan ward..lega..
RAGAM manusia kita memang tak boleh predict kan. Serba salah dibuatnya..kita pun bukan boleh baca fikiran orang. Dan belum tentu fikiran orang sama dengan kita. Tapi kita ni tetap cuba buat yang terbaik untuk orang2 disekeliling. Paling sentap bila kita penat2 masak, tak dimakan..memang terasa sangat2. Bukanlah kita ni masak sedap sangat pun, dan mungkin tak kena selera..asyik dibuang ajelah lauk2 & nasi tuh. Kita ni pula sebab sayang, esoknya panaskan & makan lauk semalam. Tak mo membazir..kesian pada yang mencari rezeki, kita pula sedap2 buang ya..hurmmm..sampai kecil hati bila itu semua berlaku..itu satu hal..lama2 kita pun berfikir dengan sedalam2nya, lantaklah..asyik nak fikir perut orang buat apakan?..baik kita masak untuk anak & suami kita. Lagi afdal rasanya..so sekarang ni, nawaitu kita masak untuk anak & suami kita sahaja. Yang lain tu..kalau nak makan, makanlah..kalau tak mahu makan... Ada Aku Kisah!!!. Perut hangpa..bukan perut kita..janji anak & hubby kita tak kelaparan sebab kita mogok tak mahu masak & kecil hati dengan mereka dan keluarga mereka.
 Itu satu bab, satu lagi..heran bin ajaib..penat sangat ke kerja di office tu?..balik2 kerja terus tidur..macam mencangkul di kebun seharian penatnya..sedangkan my Hubby, lepas kita balik dari class, akan ke office semula nak buat kerja. Balik rumah dalam jam 2 pagi..tidur bape jam je..pagi2 dah kena hantar my AA k sekolah..AA masuk sekolah jam 8 pagi. Bape jam je dia tidur.. Pernah sekali tu, kita balik dari class..kebetulan habis awal, sampi rumah sebelum jam 10 malam. Dah masuk tidur gamaknya..dalam hati ni berkata2..penat sangat ke? besok dah anak anak mcmana? Ishhh...tak faham lah..bukan nak cakap apa..nak kata kena buat kerja rumah lepas balik kerja tak lah juga..bukannya terkejar2 masa nak kena masak. Tak payah pun nak fikir nak kena kemas rumah ke, apa ke..hanya fikir diri sendiri je, kain baju sendiri je. Kalau kita kemas rumah pun, vakum satu rumah & mop sekali, kita buat sekali juga..takde nak kata lantaklah..pandai2lah jaga..tapi tu lah..ragam orang kita tak tahukan..apa yang dia fikir memang kita tak terjangkau. Hanya Allah yang Maha mengetahui..kita doakan moga2 akan ada perubahan dalam diri mereka. 
Jangan hanya fikirkan diri sendiri, wife preggy kena lah sama2..jangan biarkan sorang. Habis tu, apa function suami?..ni bila wife preggy,  sume nak buat sendiri. Bila bagitahu yang bapa pun kena sama2..mcm baca al-quran, jawabnya biarlah wife yang baca..bb boleh dengar..ehhhhh...banyak cantik muka kamu..biarlah sama2 kita jawab. Bukan anak wife kamu tu seorang..anak kamu jugakkan..suka2 hati je..dahlah kita yang rasa semua perubahan emosi, fizikal..yang si suami pulak macam nak lepas tangan. Ya Allah moga2 berubah mereka2 ini. Kita berkahwin nak berkongsi rasa sama2..bukan nak tanggung seorang2. Kalau macam tu, baik tak payah kawin. Biarlah jodoh ini berkekalan bat selama2nya. Bertolak ansur satu sama lain, bantu membantu sama2..sebab jodoh kita dengan pasangan kita adalah saling melengkapi antara satu sama lain. 

.l.o.g.o.f.f.

Wednesday, April 14, 2010

:: Ku Tahu ::

Ku tahu apa yang telah kau perkatakan..walau tidak secara direct. Tapi kenapa tak cakap terus pada aku sahaja. Buat apa lontar batu, tapi sorokkan tangan tu. Jangan lupa,semasa kau lontar batu tu, mungkin ada orang nampak perbuatan kau itu walaupun aku tidak tahu. Dan bukankah cara kau itu sebagai seorang yang pengecut?? Kalau nak kita berdepan - face to face.

"..terlalu ego org lain jd mangse.. kesian ank kecil itu.... moral: ibu bapa harus dihormati walaupun anda kaya!!!"
"..manusia mudah lupe daratan...parents pon kecil ht~ kesian.."
Untuk statement yang pertama tu, siapa yang tak ego?? Cakap? Semua orang ada tahap keegoan masing2. Terpulang macamana nak handle. Tapi kalau dah terlalu emo.. tak tau nk kata apa. Fikir sendiri untuk kebaikan sendiri. Tak perlu kesiankan anak kecil itu..sbb dia masih ada ibubapa yang melahirkan dia, menyara, mendidik. Kau tu tak tahu apa perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Yang kau tahu, layan kepala batu kau tu je, kata hati yang kononya betullah tu. Nak suruh orang hormati ibu bapa? Diri sendiri hormat ke dengan ibubapa dia? Dah ibubapa tak restu, kenapa masih nak teruskan? Kenapa dibantah dengan pilihan kau tu? Aku tahu jawapanya. Dan disebabkan itu, kini aku memperolehi kebahagian, kegembiraan. Nikmat yang tidak terhingga rasanya. Tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kepada ibubapa aku tu. Sesungguhnya apa yang aku harapkan, semoga ibubapa aku itu akan beroleh kebahagiaan dunia & akhirat. Percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku bahagia dengan hidup aku, keluarga aku, anak aku..dan kepada SUAMI ku..terima kasih diatas segalanya. Suami ku itukah boleh aku ibaratkan sebagai CAHAYA untuk diri ku & anak2 aku.

Jangan ingat kita tak pernah kecilkan hati ibubapa kita. Nampak tak nampak je, secara langsung @ tidak langsung. Kalau secara langsung, mungkin kita akan sedar cepat. Yang bahaya tidak langsung tu tanpa kita sedari. Makan hati dibuatnya. Mana mungkin kita akan mohon maaf kepada mereka. Sebab kita tak tahu apa yang tersirat dihati mereka. Aku juga nak ingatkan diri aku juga. Sebelum ini, syurga aku dibawah telapak kaki ibu ku. Kasih ibu sampai ke syurga. Kini syurga ku dibawah telapak kaki suami ku. Tak lupa juga buat ayah ku itu. Kepada mertua ku, aku juga sayang kalian. Tanpa kalian, tak mungkin akan ada suami ku itu. Terima kasih mak & abah.

Benda2 yang boleh dibawa bincang, kau tak mahu. Yang kau tahu segala tindak tanduk kau benar sama sekali bukan? Pernah dengar tak orang suruh kita pilih orang yang lebih pandai dari kita supaya kita pun akan pandai seperti mereka? Bukan sebaliknya. Tapi kau?

Dan terima kasih juga kepada kau sebab mendoakan aku KAYA. Aku kaya untuk anak2 aku. Bukan untuk kau pun. Seandainya aku tiada di dunia ini, moga anak2 aku tidak akan menyusahkan sesiapa terutama kau.

Aku lupa daratan? Taklah sampai macam Si Tanggang lupakan ibubapa dia. Ketahuilah bahawa aku sudah punya kehidupan/keluarga yang harus aku bentuk & warnai. Semua orang akan berbuat demikian apabila sudah punya keluarga sendiri. Pasti kau juga akan berbuat demikian.

Aku berdoa semoga kau akan berbahagia hendaknya.

L.o.g.o.f.f.

Monday, March 1, 2010

:: Terhiris, Terguris, Terasa, Terasing ::

Inilah perasaan yang aku rasai hari ni. Ya..sangat-sangat TER. Pada mulanya, perut memang lapar yang amat sangat, pabila ke semua TER bercampur baur, kenyang sekenyang kenyangnya. Tak tau nak gambarkan macamana perasaan hari ni. Apa yang bole aku lakukan hanya sibukkan diri dengan kerja-kerja yang ada sahaja. Untuk mengelakkan dari diri ini memikirkan benda yang bukan-bukan. Tapi tak boleh nak dielakkan, asal aku teringat kembali apa yang terjadi, air mata dah bergenang, bertakung di bibir mata. Cuma tak melimpah je lagi. Kalau bole aku tersenyum, aku cuba lakukan sebab tak mahu ada yang perasan perubahan emosi aku waktu itu.

Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang ni. Buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian. Telah aku cuba lakukan untuk jadi yang terbaik, tapi??..aku sendiri tak ada jawapan.Mungkin belum capai tahap yang di kehendaki kot.. Apa yang pasti aku hanyalah wanita biasa yang serba kekurangan. Untuk menjadi sempurna, bukanlah mudah. Banyak perkara yang harus dilalui, dipelajari dll berikanlah kesempatan untuk aku lalukan dengan perlahan-lahan.

Hujan malam ni..mungkin hujan rahmat. Ya Allah Ya Tuhan ku, kuatkan semangat hamba mu ini, tabahkan hati ku ini, berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi untuk menempuh liku-liku perjalanan hidup di dunia ni seperti Saiditina Khatidah. Mampukah aku sekuat, sesabar, tabah seperti Saiditina Khadijah?..Jangankan nak seperti Saiditina Khadijah, nak sekuat, setabah seperti Sumayyah pun pun belum tentu aku mampu lakukan. Baru ada sedikit dugaan menimpa, atau diuji..air mata aku dah selebat hujan malam ni.

Disinilah tempat aku nak melepaskan rasa, moga-moga pagi aku akan beroleh ketenangan dan boleh melupaka apa yang berlaku hari ni. Kalau boleh aku tak mahu apa yang aku rasa hari ini berlanjutan. Aku tak mahu perasaan aku terpendam lama dan menjadi kudis. Aku tak mahu orang lain yang akan menerima akibat untuk aku lepaskan yang terbuku dalam hati ni. Dia tidak mengerti apa=apa pun.

Kalau ada yang sudi membaca & tak paham apa yang aku tulis ni, tak apa... bukan untuk difahami pun.

L.o.g.o.f.f.

Wednesday, July 15, 2009

:: Ni Yang Yak Suka Ni ::

Last Monday I dah MC, sebab i buat check-up. Kan I batuk-batuk for a few months. Doc dengan segera minta I wat x-ray nak tengok condition paru-paru I pulak. Sebab ada kisah benar kes yang doc tu dapat, patient dia dapat cancer. Ini semua kerana patient dia bekerja dikalangan smokers. Walaupun patient dia perokok pasif, akibatnya wanita tu yang dapat. Maka doc tu tak mahulah I next patient dia.

Alhamdunillah, pabila prosess x-ray selesai, doc dapati lung I masih "OK" lagi. Katanya la kan... But the doc adviced me try to avoid from the smoke, dust etc. But....how should I make it? Last post I kan ada story mory hal ni...same condition. Even I dah buat muka, masih tak faham-faham juga. Well the doc ada keluarkan surat mengatakan avoid me from 'habuk dan asap (rokok)'. Yesterday I'm working, pagi-pagi lagi dah ada pencemaran udara dalam office. OMG...masa tu pulak I tgh busy, nak lari memeng tak boleh. Maka hadaplah dengan hati yang berbuku jugak. Kalau bukan kerana kerje tengah melambak, takkan I tunggu punya.

What ever it is my HOD perasan yang susuk tubuh I yang makin kering. My BFF also said the same thing, but she said tak tertanya bila tengok I. Before that my mom neighbour pun said the same thing. I tried to ignore it. But if people around me, inform the same thing..isk isk...Last month I ada timbang my weight, memang ada turun berat I. Itu belum my Hubby tengok lagi...uwaa...haru ooo..I don't what to to gain my weight.

Maka pada hari ini I terpaksa EL, sebab since last nite till 4-5 a.m I cannot sleep at all sebab batuk-batuk. Bila I dah boleh tidur, hari pun sudah subuh. Macamana I nak bekerja dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Tak bermaya...letih and so on...Hurmmm...Moga I ada kekuatan untuk menghadapi semua ini.


L.o.g.o.f.f.