Saturday, December 31, 2011

:: 2011 ::

2011 bakal meninggalkan kita semua. Apa yang telah berlaku samada pahit atau manis akan menjadi kenangan/pengalaman/pengajaran/sejarah atau apa sahaja dalam hidup kita. Bagi diri ini begitu juga, ada yg manis, pahit maung semuanya didalam acuan 2011.

Hurmmm..2011, aku telah menerima cahaya mata yang kedua pada awal May..kelahiran yang ditunggu-tunggu, awal dari jangkaan doctor. Kelahiran anak ku yang kedua ini juga telah membuatkan aku tak dapat menduduki peperiksaan akhir bagi subject QMT & HRM yang mana aku terpaksa attend class semula. Tiada kekesalan wujud dihati ini walau padanya agak kecewa juga. Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kehadiran anak ku yang kedua juga merupakan anugerah yang tak terhingga buat diri ini. Walaupun cuba menafikan segala-galanya diawal kelahirannya, akhirnya aku dapat menerima dengan redha. Rupa2nya ada hikmah disebaliknya amanah yang Allah bagi pada kami suami isteri. Mungkin ada kekurangan di dalam diri ini, untuk menambahbaikkan diri aku ini maka Allah kirimkan AF kepada ku. Segala-galanya bermula bila AF admitted di hospital lebih sebulan. Dari situ aku tahu bagaimana nak menghargai kehadirannya.

Pada awalnya, aku agak malu untuk berdepan dengan semua orang. Pertanyaan di benak kepala ini, adakah orang-orang disekeliling aku akan menerima anak itu dengan sebaik mungkin?..apa yang bermain2 di fikiran mereka??Sekarang aku tak memperdulikan apa yang orang sekeliling akan cakap..cakaplah selagi boleh cakap..katalah selagi boleh berkata..yang aku tahu, kami empat beranak bahagia dengan kehidupan kami. Kami akan laluinya dengan penuh kasih sayang dunia & akhirat hanya kerana Allah S.W.T. Ternyata, aku terasa kelapangan di kepala ini. Walaupun diri ini tak lagi bekerja, tapi masih lagi menuntut di UiTM. Alhamdunillah tak terasa berat untuk belajar, malah makin dipermudahkan untuk menerima ilmu yang disampaikan. Banyak benda yang diri ini belajar..segala-galanya. Apa yang diri ini boleh buat, berdoa kepadaNya semoga akan kuat dan sabar menempuh dugaan dan rintangan, supaya tak berputus asa dan yakin kepadaNya. Itulah kekuatan diri ini selain dari sokongan dari suami ku, AA, keluarga terdekat dan tak lupa kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.

Pernah, salah seorang classmate ku bertanya, "tak penat ke?" memandangkan dia tahu keadaan AF bagaimana..yang memerlukan perhatian yang amat sangat dan tak boleh leka, walau waktu tidur malam..hanya dapat di jawab oleh ku "entah"..mungkin Allah telah makbulkan permintaan aku supaya di pinjamkan sedikit kekuatan dan kesabaran dari Nabi junjungan kita untuk menempuh semua ini..alhamdunillah..semoga ianya akan berkekalan sehingga nafas ini.

Selamat Datang 2012..semoga tahun ini rezeki kami sekeluarga akan bertambah, bertambah keimanan & ketaqwaan kepadaNya, dilindungi dari panahan syaitan & semoga ikatan kekeluargaan kami akan bertambah erat dan berkekalan, diberikan kesihatan yang baik kepada suamiku terutamanya dan kepada ku serta anak-anak. Tahun 2012 juga AA akan memulakan persekolahan. Semoga akan terang hati menerima ilmu pengetahuan dan menjadi anak yang soleh dunia & akhirat. Amin...

.L.o.g.o.f.f.

Friday, December 2, 2011

:: His 1st Time ::


Hari ni buat pertama kalinya AF diberi makan..baru cuba bagi Cerelac Beras Merah dulu..so far AF respond baik juga..taklah dimuntahkan apa yang disuapkan dalam mulutnya..Takut juga kalau2 AF akan meluahkan isi..since doc pun dah suruh stimulate deria rasa dia, maka rasanya ok lah sebab AF tak menolak. Takut yang ke2, AF kan susu guna NG tube, macam2 difikirkan dalam kepala ni. AF ada juga susu guna botol..tapi dia cuma mampu minum dalam 20 mils dalam masa 30mins..Tengah dok elok makan tadi boleh AF terus lelap..huishh..kelakar la AF ni..masa suapkan tadi bukan main lagi sengeh dia..lambat suap marah pulak.. :) ada-ada je gelagat AF.Tak apalah, biar lambat, perlahan2..progress yang di tunjukkan sekarang ni pun dah agak membanggakan diri si Ibu ini..semoga aku akan bertambah-tambah sabar dalam menghadapi semua ini.. Sempat juga snap pic AF sedang makan..



.L.o.g.o.f.f.


















Thursday, December 1, 2011

:: Permata Hati [Eps 4] ::

Salam...

Pejam celik pejam celik AF 3hb Dec dah 7 bulan..hurmm..sekejap rasanya masa berlalu..27hb November AA genap 3 tahun. InsyaAllah, tahun depan akan bersekolah..Kesihatan AF pun makin baik, syukur alhamdunillah..last admitted di hospital pada 3 Oct 2011..masa tu umurnya 5 bulan..tu pun kebetulan AF ada kahak, boleh dengar nafas dia yang kurang selesa..ke hospital niatnya cuma mahu, tukau NG Tube je, pastu minta nurse suction sikit..tapi lain pulak jadinya, makin disedut kahak AF macam makin banyak, lepas tu AF jadi tak bermaya..maka nurse pun merujuk ke doc yg available masa tu..kebetulan doc yg free masa tu, Doc Lee..Doc yang merawat AF masa di ICU dulu..memang dia kenallah...dengan saolan dari Doc.. "Mama kemana sbln ni?"..huhu terpaksalah jawab dengan jujur, "balik kampung doc, uncle dia bertunang"..sambil senyum simpul..huhukan dah kena bebel ngan doc, langsung admitted tuk 3 hari..informed pulak ke Doc Anna, terus dapat acute bed..ngeee...di hospital, doc suruh belajar suction sendiri..sebab balik rumah nanti, kena buat sendiri. Pada awalnya, cuak & tak yakin nak buat semua tu..tapi demi anak, buat jugalah..bertawakal pada Allah, dan berdoa semoga usaha ini akan membuat AF akan makin pulih...Alhamdunillah, last appointment, doc (Prof Jessie) mengatakan AF semakin baik..tumbuhsaran dia pun balance dari segi berat badan & tinggi walaupun sebenarnya dia masih kategori kurang berat badan..For me, its ok as long he is fine..itu pun dah membuatkan seorang ibu tersenyum lebar..rasa puas hati sangat2 bila doc berkata begitu..Harapan Mummy & Babah semoga AF akan sihat2 selalu..buat masa ni AF dah bole mengiring dan meniarap..walaupun lambat doc kata, tp good progress..AF hingga sekarang still feeding gunakan NG tube..tak apalah..dalam masa yang sama, stimulate deria rasa dia..dah cuba feed guna bottle, cuma dapat minum dalam 20 mils dalam masa 20 mins..selebihnya he's refuse to finished it..apa lagi, masuk tube ajelah.
Dah 2 hari ni, AF asyik senyum jer..suka dia org gomol2, agah2 dia.. ;)

Untuk AA, Mummy & Babah doakan semoga akan menjadi anak yang soleh,beroleh keberkatan dariNya, murah rezeki, terang hati untuk terima ilmu dunia dan akhirat..Mummy & Babah akan buat yg terbaik utk anak2 Mummy & Babah..semoga satu hari nanti AA boleh jadi pemimpin dan menjaga adik dengan sebaik yang mungkin..AF tak seperti anak2 yang lain diluar sana, dia perlukan bimbingan dari kita semua.

Routine as student still berjalan seperti biasa..sekarang ni, tengah berusaha untuk menyiapkan assignment yang ada. Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar.. Nak buat video untuk subject Arab 3..submission date?? This coming 19 Dec 2011..huhu..

Semoga kita semua akan beroleh keberkatan, kemuliaan, rahmat & hidayah dariNya dalam menempuh hidup di dunia untuk bekalan di akhirat nanti..Amin..


.L.o.g.o.f.f.